Laman Utama
Sambal Palsu, Khairul Aming Buat Laporan Polis – “Sambal Berbuih, Basi, Bau Busuk…Janganlah Khianat Orang Macam Ni…”
Personaliti media sosial Khairul Aming membuat laporan polis selepas mendapati dirinya dianiaya pihak tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan sambal palsu menggunakan jenama ‘Sambal Nyet By Khairul Aming’.
Khairul Aming yang kesal dengan perkara tersebut turut memuat naik luahannya di laman sosial Twitter dan Instagram.
Di bebenang Twitter, Khairul Aming turut melampirkan perbandingkan sambal asli dan palsu serta merayu orang ramai supaya berhati-hati dan tidak tertipu lagi selepas ini.
“Report polis aku dah buat kat Damansara tadi and next we will proceed dengan lawyer. Aku dah penat nak tapis sorang-sorang scammer macam ni.
“Janganlah khianat orang macam ni, makan duit haram dengan menipu. Aku takut orang yang beli tu keracunan makanan makan benda mengarut macam ni,” katanya.
Tambah Khairul Aming, dia kecewa apabila ada pelanggan yang menuntut ganti rugi daripadanya kerana sambal rosak dan basi.
“Aku pun frust jugak bila customer yang beli dgn reseller ni kat aku untuk mintak refund sebab sambal basi. When i asked for Shopee order number, then baru mengaku beli dengan reseller Pensive face. i have repeatedly begging untuk jangan beli dengan reseller sebab takut orang khianat macam ni.
“Bila orang beli sambal fake dari reseller orang akan sebar kat social media and cakap jangan beli sambal ni sebab berbuih, bau busuk etc. Dia takkan cakap dia beli dari reseller. Aku sampai tak tidur malam frust and cuba nak trace balik root cause kat mana silap aku,” katanya kesal.
pls guys im begging pls jgn beli dari reseller ?? aku mintak maaf lg skali sbb sambal selalu tak cukup tp aku dah kat maximum capacity. kami dh all out naikkan sambal ke 4 ribu botol sehari. selagi beli dari reseller selagi tu org mcm ni akan wujud. pls aku merayu sgt2 ????— Khairulaming (@khairulaming) April 28, 2021
Sementara itu di ruangan komen Twitter dan Instagram, rata-rata pengikut berang dengan tindakan peniaga tidak bertanggungjawab tersebut dan memuji tindakan Khairul Aming kerana mendedahkan identiti individu tersebut.
Majoriti komen yang ditinggalkan di kedua-dua laman sosial mengecam tindakan peniaga yang sedang menangguk di air keruh dengan menggunakan tenaga orang lain untuk mengutip keuntungan mudah.
"Bulan Ramadan pun nak menipu..Tak rasa bersalah ke makan duit haram?".
"Bagus Khairul Aming dedahkan identiti si bedebah ni. Sekurang-kurangnya boleh selamatkan orang lain!"
"Orang berjaya atas usaha sendiri, ehh ada pulak yang nak ambik kesempatan, apa punya perangai pun tak tau lahh..!" antara komen yang ditinggalkan wargamaya.
Must-Watch Video