Laman Utama
Sambut Anniversary Bulan Ke-2 Perkahwinan, Adam Lee Gelar Sweet Qismina ‘Bidadari’
Umum mengetahui yang pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober lalu.
Justeru, Adam mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa syukur terhadap pernikahannya itu menerusi satu hantaran di Instagram.
Pada ruangan kapsyen, Adam mendoakan agar hubungan mereka kekal selamanya, selain memanggil Sweet Qismina dengan gelaran bidadari.
“Tahu tahu dah genap dua bulan ya kita. Alhamdulillah for everything.
“Insya-Allah selamanya, hingga ke syurga yang pasti. I love you my bidadari,” tulis Adam.
Apa yang lebih manis, tarikh pernikahan dan pertunangan mereka berdua dipilih berdasarkan tarikh lahir Sweet Qismina.
Pada hantaran di Instagram Sweet pula, penyanyi lagu Namo itu berkata: “Happy 24th Cinta. Yay to more years jadi your cute princess,” katanya.
Menerusi ruangan komen di Instagram masing-masing, peminat mendoakan kebahagian mereka selain mendoakan mereka segera untuk mendapatkan cahaya mata.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.