Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Sambut Hari Lahir Isteri, Henry Golding Tayang Wajah Anak. Comelnya Baby Girl!

Azwa Rahman 22/05/2021 | 06:50 MYT

Pelakon Antarabangsa kelahiran Malaysia Henry Golding berkongsi sekeping foto anaknya bersempena hari lahir isterinya yang disambut hari ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Golding, 34, membuat satu dedikasi khas buat isteri tercinta, Liv Lo Golding, 36, sambil berkongsi foto bersama anak. .
Happy birthday baby mama,” tulisnya di ruangan kapsyen.

A post shared by Henry Golding (@henrygolding)

Namun sehingga ke hari ini, Golding masih belum mendedahkan nama anak perempuannya.
Dalam perkongsian berbeza, Liv sudah muka berkongsi foto wajah anaknya sejak lima hari yang lalu.
Sementara itu di ruangan komen foto Golding, ia dibanjiri dengan ucapan hari lahir serta kata-kata pujian terhadap wajah comel anaknya.
Aww baby so gorgeous, what a beautiful blessing,” komen seorang wargamaya.
So beautiful, happy birthday mama,” ucap seorang wargamaya.
Happy birthday Liv. The baby is beautiful,” puji seorang wargamaya.
Beautiful the both of you. Happy birthday,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 100,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekadar info, Henry dan Liv yang merupakan selebriti dari Taiwan berkahwin pada tahun 2016 selepas enam tahun bercinta.
Pasangan itu dikurniakan anak perempuan pada 31 Mac yang lalu.
#Henry Golding #Liv Lo Golding #Anak henry Golding
;