Hiburan
Sambut Hari Lahir Ke-35, Nora Danish Dedikasi Ucapan Kepada Ibu
Pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan 2, Nora Danish menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 hari ini.
Menerusi entri terbaru laman Instagram milik Nora, pelakon itu mendedikasikan ucapan hari lahir kepada ibunya, Salimah Talib.
Berikut merupakan ucapan yang disampaikan oleh Nora:
"Hari ini, 7th March 2017. Nora ingin ambil peluang ini untuk berterima kasih pada mama Nora @sallytalib, kerana bertarung nyawa samasa Melahirkan Nora pada 7th March 1982. Dan Susah payahnya membesarkan Nora selama ini.
"Thank you mama. Hari ini Nora dah masuk 35 tahun, Alhamdullilah, berkat doa mama selama ini.
"Thank you for your kind support throughout the years, for teaching me the meaning of compassion, and sharing in my triumphs & my tears.
"And if at times, I may have seemed ungrateful, I want to say "I truly hope you see, that nothing you have done has been forgotten, and day by day you just mean more to me. I love u with all my heart.
"Your cutie daughter, 7th March 1982 baby," tulis Nora.
Rata-rata pengikut Instagram Nora memberikan ucapan hari lahir buat aktres kesayangan mereka.
Peminat Nora juga turut memuji tindakan Nora yang mendedikasikan ucapan hari lahir buat ibunya.
Dalam perkembangan terbaru, filem lakonan Nora, Surga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD2) kini sedang hangat ditayangkan di pawagam.
Selain Nora, filem SYTD 2 turut dibintangi oleh Laudya Cynthia Bella, Fedi Nuril, Raline Shah dan Reza Rahadian.
Filem arahan pengarah terkenal Hanung Bramantyo itu telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 16 Februari lalu.
Selepas SYTD 2, filem terbaru terbitan Astro Shaw dan Dark Wave Pictures Sdn. Bhd berjudul Kimchi Untuk Awak bakal ditayangkan di pawagam pada 30 Mac ini.
Kimchi Untuk Awak dibintangi oleh Aiman Hakim Redza, Emma Maembong dan Janna Nick.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @noradanish & @kakifoto_
Must-Watch Video