Laman Utama

Sambut Menantu Sulung, Anak Teruna Zamarul Hisham Selamat Bernikah

Shahrin Zulkifle
16/02/2023
08:00 MYT
Sponsor Banner
Sambut Menantu Sulung, Anak Teruna Zamarul Hisham Selamat Bernikah

Pelakon senior Zamarul Hisham berkongsi berita gembira apabila selamat menyambut menantu sulung selepas anak lelakinya, Izzat Haiqal, 24, bernikah dengan pilihan hati yang dikenali sebagai Dina Zakirsa.

Berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya, Zamarul, 52, turut memuat naik sekeping gambar bersama pasangan pengantin dan isteri, Diana Rafar berserta ucapan kepada mereka bagi melayari bahtera perkahwinan.

“Tahniah Izzat Haiqal and Dina Zakirsa. Maka bermula satu perjalanan sebagai pasangan suami isteri.

“Macam mana pun jalan yang bakal ditempuh, tempuhi lah dengan sifat bertolak ansur, saling faham memahami untuk sama-sama pastikan jalan yang dipilih menuju kebahagian, keharmonian dan kekal hingga Jannah.

“Papa and mama sayang kamu berdua,” tulisnya pada kapsyen.

Sementara itu, Zamarul juga dilihat sudah tidak sabar untuk menimang cucu apabila dia membalas salah satu komen yang ditinggalkan di ruangan balas yang menyatakan aktor tersebut tidak lama lagi bakal menjadi atuk.

Malah, jelasnya umur hanyalah sekadar nombor dan tidak menghalang dia untuk terus bermain aplikasi TikTok.

“Alhamdulillah, jadi atuk tak lama lagi,” komen individu tersebut.

“Walaupun jadi atuk, TikTok tetap on. Umur hanyalah nombor,” balas Zamarul.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar