Laman Utama

Sambut Raya & Anniversary Di Hospital, Ifa Raziah Kongsi Perkembangan Kesihatan Terkini Suami

Syafiqah Jalal
27/04/2023
09:55 MYT
Sponsor Banner
Sambut Raya & Anniversary Di Hospital, Ifa Raziah Kongsi Perkembangan Kesihatan Terkini Suami
Selebriti versatil, Ifa Raziah bersyukur apabila tahap kesihatan terkini suaminya, Mohd. Yani Abdul Rahman telah menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani prosedur jantung.
Ifa Raziah memberitahu dia gembira melihat perkembangan itu meskipun terpaksa menyambut hari raya dan meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke-19 mereka di hospital.
“Semalam sambut anniversari kat hospital. Hari ini (25 April) akan buat pembedahan.
"Syukur alhamdulillah dah keluar bilik bedah. Mohon doakan suamiku, Mohd. Yani semoga cepat sembuh.
“Aamin Ya Rabbal Alamin. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin,” katanya.
Ifa berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram.
Ifa bagaimanapun terpaksa memohon maaf kepada rakan dan sahabat handao ysng ingin menziarahi suaminya kerana terpaksa mengehadkan kunjungan tetamu seperti dinasihatkan doktor.
“Saya pasti kawan-kawan terdekat memahami situasi Mohd Yani yang kini dalam proses penyembuhan. Apabila keadaannya semakin kuat, kami akan maklumkan,” katanya.
Difahamkan, Mohd. Yani dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara itu sejak Isnin lalu bagi menjalani prosedur pembedahan
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar