Hiburan
Sambut Ulang Tahun Perkahwinan, Reen Rahim Titip Pesanan - “Jangan Takut Kahwin…"
Pelakon Reen Rahim menyambut ulang tahun kedua bersama suaminya, Hazim Zainal semalam.
Syukur dengan perkahwinan
Menerusi perkongsian di Instagramnya,Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim meluahkan rasa syukur dengan mahligai cinta yang dibina bersama suami.
“Selamat hari kita. Alhamdulillah untuk semua nya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Sementara itu, aktres berusia 36 tahun itu juga sempat menitipkan pesan pada orang ramai supaya tidak takut untuk mendirikan rumah tangga dan percaya dengan percaturan Tuhan selain restu keluarga.
“Pegang basic je,yang lain nanti Allah susun. Jangan takut kahwin tau dan jangan rushing nak kahwin selagi hati tak say yes n pegang basic ini, segalanya lillahita’ala, syukur,doa usaha restu,Redha Dan doa orang tua,” ujarnnya lagi.
Menerusi hantaran sama, pelakon filem Sue On ini juga berkongsi foto-foto perkahwinannya serta memuatnaik tangkap layar perbualan bersama ibu yang meluahkan rasa syukur terhadap perkahwinan mereka.
Sekadar info, Reen dan Hazim telah melangsungkan perkahwinan pada 24 Disember 2022.
Mereka belum dikurniakan rezeki untuk mempunyai cahaya mata.
Must-Watch Video