Laman Utama
Sampah-Sarap Bersepah, Kotor! Hunny Madu Kecewa Keadaan Pantai Tok Bali, Potong Stim Nak Makan Aiskrim
Pengacara dan penyampai radio Hunny Madu meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap pengunjung di Pantai Tok Bali, Kelantan yang sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata.
Hal itu sekali gus mencacatkan keindahan pantai peranginan terbabit dan secara tidak langsung memalukan.
"Saya di Pantai Tok Bali sekarang,
"Pantai di Tok Bali, Kelantan sangat kotor dan penuh dengan sampah. Melihatkan kawasan bertentangan dengan kawasan pantai ini penuh dengan sampah, kotor!
"Ini tak cool dan memalukan kepada pelancong asing!
"Niat asalnya untuk singgah menikmati aiskrim ketika cuaca panas tidak menjadi, sebaliknya kami ke hotel berdekatan untuk berehat.
"Kenapa? Boleh tak sesiapa tolong jelaskan kepada saya kenapa pantai secantik ini kotor dengan sampah-sarap?" luahnya menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.
Dalam video terbabit, Hunny sempat merakamkan keadaan persekitaran pantai terbabit yang dipenuhi dengan plastik sampah merata-rata tanpa diselenggara dengan baik.
Perkongsian Hunny itu mendapat pelbagai reaksi ramai termasuk rakan selebriti yang turut malu dengan keadaan terbabit.
"Seriously... memalukan," komen Fizo Omar, salah seorang artis yang berasal dari Kelantan.
"Ini pun keadaan biasa di pantai di Kuantan, tak nak salahkan sesiapa tapi tiada tong sampah diletakkan di kawasan sekitar pantai di Malaysia sebenarnya dan orang kita takkan bawa balik sampah ke rumah.
"Sedih... R&R kita pun sedih. Tandas kotor, itu pun ada tong sampah. Laporkan kepada majlis perbandaran terdekat," sahut Ning Baizura.
"Terbaik Hunny. Biar orang buka mata sikit kasi sedar, takkan nak harap cleaner majlis je datang cuci, yang camping tu atau family kena start ajar bawak plastic sampah sendiri. Good sharing," tambah Aidid Marcello.