Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Sampai Habis Nombor Giliran, Kiosk MySejahtera Kini Dibuka Setiap Hari

Mya Amri 20/02/2022 | 21:57 MYT
Tidak dinafikan ramai pengguna mempunyai banyak masalah melibatkan penggunaan aplikasi MySejahtera.

Disebabkan sambutan yang menggalakan, Kiosk Bantuan MySejahtera di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) akan dibuka setiap hari sehingga 15 Mac 2022.

Pengumuman itu diberitahu menerusi laman rasmi Facebook MySejahtera pada Ahad.

Kiosk ini hanya memfokuskan isu perseorangan atau tanggungan di MySejahtera, tidak termasuk isu vaksinasi di bawah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri.

Difahamkan juga disebabkan sambutan yang menggalakkan, nombor giliran untuk kiosk bantuan MySejahtera WTCKL juga telah habis dikeluarkan baru-baru.

Jadi untuk mengelakkan kesesakan dan pematuhan SOP, sebanyak 400 tiket akan dikeluarkan setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga habis.

Untuk maklumat lanjut sila ke Facebook MySejahtera ya guys.

#MySejahtera #Aplikasi MySejahtera #Kiosk #PWTC
;