Laman Utama

“Sampai Periuk Nasi Dibawanya Sekali” - Netizen Berdebat, Boleh Atau Tidak ‘Piknik’ Dalam Airport?

Izwan Isa
05/09/2022
00:50 MYT
Sponsor Banner
“Sampai Periuk Nasi Dibawanya Sekali” - Netizen Berdebat, Boleh Atau Tidak ‘Piknik’ Dalam Airport?
Baru-baru ini, sepotong video tular di media sosial memperlihatkan sekumpulan individu makan secara duduk di atas lantai berdekatan dengan tempat menunggu dalam ruang di legar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Tidak hanya menjamah makanan ringan, kumpulan individu terbabit menjamu selera sambal menghidangkan bekalan makanan lengkap dengan nasi serta lauk.
Menerusi respons yang ditinggalkan di Twitter, ramai yang memberikan pendapat berbeza mengenai video berkenaan.
Ada yang menyelar tindakan tersebut, dan ada juga yang bersangka baik terhadap mereka yang menjamu selera di ruang menunggu lapangan terbang berkenaan.
“Takda masalah pun. Dorang lapar, ada bawa makanan. Manalah tahu flight delay 6 jam. Selagi tak buat kotor kuah tumpah atas lantai. Korang tak payah nak protokol sangat dekat airport.”
“Tak jadi isu kot sebab family ni cari port belakang kerusi, bukan laluan orang lalu lalang. Asalkan jaga kebersihan tak buat bising ok lah.”
“Food court memang dah ada di tingkat 2 KLIA. Ada tangga, lift dan escalator untuk pergi ke sana. Ada meja, kerusi, sinki, tong sampah, etc. Tak tahu jalan? KLIA ada kaunter pertanyaan, pegawai bertugas. Lebih selesa, bersih, tak mengganggu orang lain dan paling penting tertib.”
“I’m not gonna judge tapi dah sampai periuk nasi dibawanya sekali. Aduh, kampung betul perangai.”
Sungguhpun sudah hampir 24 jam video berkenaan tular, namun, pihak KLIA tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
BACA: Low Class, Memalukan Malaysia Saja – Netizen Bidas Datuk Aliff Syukri Makan Tepi Jalan
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar