Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Samseng Jalan Raya Elak Bayar Tol, Punca Kemalangan! Netizen Berang - "Dia Yang Langgar, Dia Pula Cari Gaduh"

Gempak 03/12/2023 | 02:00 MYT

Satu rakaman dashcam kereta seorang individu baru-baru ini tular selepas menyaksikan tindakan pemandu bersikap agresif di lebuh raya.

Menerusi video yang dimuat naik di Platform X, mangsa dalam kejadian tersebut memaklumkan tindakan melulu pemandu itu disebabkan daripada percubaannya untuk mengelak daripada membayar tol.

“Hati-hati dengan pembuli jalan raya yang dah langgar kereta keluarga saya dengan bayi di dalam hanya kerana mengelak daripada bayar tol,” tulis mangsa.

BERITA TRENDING: “Tiba-Tiba Mangsa Melompat Dan Baring Di Landasan” - Lelaki Digilis LRT Bukan Terjatuh

Turut dapat dilihat pemandu Perodua Myvi berwarna putih tersebut bertindak menghimpit kereta mangsa sehingga menyebabkan pelanggaran kecil sebaik sahaja bayaran tol dilakukan.

Menjengah ke ruangan balas ciapan, tindakan lelaki yang tidak bertanggungjawab itu membangkitkan kemarahan pengguna-pengguna media sosial di mana ramai yang memaki hamun serta meminta mangsa supaya melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Elok mamp*s je orang macam ni. Dia yang langgar orang, dia yang elak tol tapi dia pulak nak cari gaduh,”

“Esok pergi buka report. Bukti semua ada ni. Report pagi, tengah hari kena lokap,”

“Lah b*bi, dia yang lari, dia yang langgar, dia pula nak cari gaduh,”

Setakat artikel ini ditulis, video viral itu berjaya meraih 76,000 tontonan dan lebih 400 repost di Platform X.

Sumber: Platform X

#Viral #Kemalangan #Jalan Raya
;