Hiburan
Sandra Dewi Tak Rela 88 Beg Dari LV Sampai Hermes & Jongkong Emas, 141 Disita Kerana Suami
Pelakon Sandra Dewi mengaku enggan menyerahkan dua cincin pemberian suaminya, Harvey Moeis untuk disita selepas pengusaha tersebut ditahan kerana skandal rasuah timah yang membabitkan ratusan trilion ringgit sekaligus merugikan republik Indonesia.
Enggan serah jongkong emas & 88 buah beg tangan mewah
Ironi, Sandra Dewi juga tidak memberi izin 141 aksesori termasuk jongkong emas serta 88 buah beg tangan mewah termasuk dari jenama Hermes disita pihak berkuasa, namun terpaksa melepaskan kesemuanya.
Bagaimanapun dia bertegas untuk menyimpan dua bentuk cincin iaitu cincin tunang dan cincin pernikahan yang disifatkan sebagai sangat bernilai yang pernah diberikan suami kepadanya.
“Ada 141 barang saya telah disita. Sepanjang 20 tahun bekerja saya telah dan pernah dilantik menjadi duta kepada aksesori perhiasan dan emas.
“Ada satu jongkong emas yang diberikan ibu sewaktu saya melahirkan anak pertama juga disita.
“Pokoknya tidak ada satu pun barang kemas dan aksesori yang disita diberikan oleh suami,” ujar Sandra Dewi kepada pihak hakim sewaktu menjadi saksi skandal rasuah suaminya seperti dilaporkan Detik.com.
Hakim kemudian bertanya: “Tidak ada satu pun yang diberikan suami?”
“Ada, cincin tunang dan cincin kahwin,” jawab Sandra Dewi.
“Mana cincinnya?”hakim bertanya lagi.
“Masih saya simpan. Mahu disita tapi saya enggan serahkan,” katanya.
“Sangat bermakna ya (cincin tunang dan cincin kahwin)?”tanya hakim.
“Iya,” jawab Sandra Dewi ringkas.
ARTIKEL BERKAITAN:Bercerai Dengan Glenn Fredly, Dewi Sandra Mengaku Hampir Bunuh Diri
ARTIKEL BERKAITAN:Baim Wong Dakwa Isteri Curang Punca Mahu Cerai: “Lelaki Itu Teman Baik Saya”
ARTIKEL BERKAITAN:Hanya Bertahan 6 Tahun, Baim Wong Failkan Cerai Terhadap Paula Verhoeven
ARTIKEL BERKAITAN:Tidur Di Pejabat, Baim Wong & Isteri Sudah Pisah Ranjang?
ARTIKEL BERKAITAN:Baim Wong Enggan Ulas Lanjut Isu Pergolakan Rumah Tangga - "Doa Yang Terbaik..”
Selain barangan kemas dan beg jenama antarabangsa, beberapa biji kenderaan mewah pasangan ini turut disita pihak berkuasa.
Sebagai informasi, Harvey Moeis merupakan suspek ke-16 yang terbabit dalam skandal rasuah dan memberi izin melombong biji timah membabitkan syarikat (IUP) PT Timah Tbk dari tahun 2015 sehingga 2022.