Hiburan

Sanggup Bergaul Dengan Pesakit, Rakyat Amerika Ini Adakan Pesta COVID-19 Dengan Harapan...

Hanafis Haris
09/05/2020
07:43 MYT
Sponsor Banner
Sanggup Bergaul Dengan Pesakit, Rakyat Amerika Ini Adakan Pesta COVID-19 Dengan Harapan...

Ketika orang ramai di seluruh dunia sedang mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa, lain pula kisahnya di Amerika Syarikat (AS) apabila ada yang bertindak mengadakan ‘Pesta COVID-19’.

Situasi membimbangkan itu berlaku di Washington pada 6 Mei lalu apabila segelintir orang awam dengan sengaja mengadakan pesta tersebut untuk bergaul dengan pesakit COVID-19.

Kesemua mereka percaya, jika bersentuhan dengan pesakit COVID-19, tubuh badan mereka akan kebal daripada wabak tersebut.

Menurut Pengarah Kesihatan Walla Walla County, Meghan Debolt terdapat dua pesta yang berlaku di kawasan itu baru-baru ini.

“Daripada 20 orang yang hadir, didapati dua di antara mereka telah jatuh sakit dan diuji positif wabak tersebut,” katanya.

Menurutnya lagi ,kewujudan golongan ini juga dilihat telah mematahkan usaha pihak berkuasa yang mahu melawan penularan wabak COVID-19.

“Kami mahu membuka semula komuniti kami.

“Tapi jika mereka tidak mengamalkan garis panduan jarak fizikal dan sosial selain turut berhubung dengan pesakit COVID-19, ini melambatkan usaha kita untuk membuka semula kawasan ini.” katanya.

Sumber: StraitsTimes

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar