Viral

Sangka Suami Hilang Di Hutan, Rupanya Berfoya-Foya Di Bali

Gempak
05/02/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Sangka Suami Hilang Di Hutan, Rupanya Berfoya-Foya Di Bali
Media sosial, baru-baru ini kecoh dengan catatan seorang wanita yang mencari suaminya yang hilang ketika keluar memburu di hutan.
Pemilik akaun Jasinta Calista Tening Juan itu turut berkongsi gambar suaminya, Petrus dan keresahan anak ketiga mereka yang sentiasa bertanyakan khabar bapanya menerusi catatan pada 18 Januari lalu.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) suaminya di sebuah hutan Kampung Matalibaq di Kecamatan Long Hubung, Kabupaten Mahakam Ulu di Kalimantan Timur, Indonesia juga dimuat naik di Facebook.
Menurutnya, motosikal ditunggang suaminya dipercayai rosak sebelum hilang tanpa jejak selama 10 hari berikutan telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi.
Setelah pelbagai usaha dibuat hingga mencetuskan panik dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat mereka, Jasinta kemudiannya tampil mendedahkan suaminya telah ditemui.
Rupa-rupanya, lelaki itu 'sesat' bersama beberapa wanita di sebuah kelab di Pulau Bali.
"Kes itu saya tutup dan proses selanjutnya akan diselesaikan dengan pihak berkuasa. Saya mohon maaf kerana menjadi tular.
"Semoga menjadi pengajaran kepada suami yang suka membohongi isteri dan melanggar ikrar pernikahan. Yang bertanya ke mana dia sesat? Di Bali bersama tante Renny. Uhhh...sedap," katanya yang memuat naik beberapa gambar bukti Petrus sedang sakan berfoya-foya.
Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024