Hiburan
'Sangkut' Di Singapura, Erwin Dawson Seronok Bersama Keluarga Di Bulan Ramadan
Pelakon Erwin Dawson mendedahkan bulan Ramadan tahun ini lebih bermakna kerana dapat menyambutnya bersama-sama ahli keluarga di Singapura.
Kata Erwin, sebelum ini dia sering berseorangan di Kuala Lumpur mengerjakan ibadah puasa.
"Kehidupan saya masa 'lockdown' alhamdulillah okey. Banyak benda baik yang saya pilih untuk fokus dalam masa sekarang ini.
"Saya dapat menghabiskan banyak masa dengan keluarga terutama bulan Ramadan ini. Kalau tak selalunya saya seorang di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah pemilik nama Mohamed Erwin Shah Evan Dawson berkata dia memilih untuk mencari pendapatan tambahan dengan bekerja sebagai penghantar makanan Foodpanda.
"Saya akan menghantar makanan dengan menggunakan basikal. Setiap hari saya akan mengayuh dalam 20 kilometer untuk menghantar makanan di merata tempat.
"Saya boleh memperoleh pendapatan sehari sebanyak 50 sehingga 100 Dolar Singapura dalam tempoh lima ke tujuh jam bekerja.
"Dah sebulan saya buat kerja ini dan buat masa sekarang tak ada had masa untuk menghantar.
"Sebenarnya simpanan itu ada dan mampu untuk bertahan tapi saya anggap pekerjaan ini adalah satu gaya hidup yang sihat. Memang penat tapi saya suka berbasikal, boleh juga senaman diri serta keluarkan peluh," katanya lagi.