Viral
'Santorini Cameron Highland' Haram Dirobohkan, Netizen Beri Pelbagai Reaksi
Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) hari ini telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap pembinaan haram Cameron Santorini.
Operasi yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 semalam tersebut diketuai oleh Yang Dipertua MDCH, Azmil Hadid Maznan.
BERITA TRENDING: Tanah Runtuh Di Cameron Highlands, Seorang Maut, 4 Dikhuatiri Tertimbus
BERITA TRENDING: “Macam Lembu Berak Merata” - Pelancong Dipercayai Dari China Berak Di Perkarangan Homestay Di Cameron Highlands
Operasi ini melibatkan kerjasama kakitangan daripada MDCH serta pelbagai jabatan dan agensi daerah, termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Cameron Highlands (PDTCH), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Kerja Raya Daerah Cameron Highlands (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Tindakan penguatkuasaan ini diambil berdasarkan Seksyen 70(1) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang menyatakan kesalahan pembinaan tanpa kelulusan.
Dengan tindakan ini, MDCH berharap ia dapat menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua pihak yang bercadang untuk menjalankan projek pembangunan agar mematuhi semua prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, pelbagai komen dihujani di laman sosial Tik Tok mengenai penutupan pusat peranginan berkenaan.
Rata-rata pengguna yang pernah ke lokasi berkenaan menyifatkan penutupan adalah menyedihkan.
Bagaimanapun tidak kurang juga ada yang melahirkan suara rakyat didengari pihak istana ekoran kewujudan pembinaan haram itu.
Khairulfc_ umpamanya berkata 'dah kena tegur dengan Sultan Pahang baru nampak muka penguatkuasa,kalau tidak mereka kenyang macam itu je."
Sementara itu Kelly pula berkata, pusat berkenaan merupakan lokasi yang cantik.
"Baru balik dari CH. Semalam pergi Santorini,penat wak kita mendaki tangga. Semput. Nasib baik cantik," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
undefined
Video Santorini Cameron Highland yang dirobohkan dikongsi di TikTok itu mendapat hampir 5,000 ciapan dari pengguna.