Viral
Santuni Golongan Memerlukan, Restoran Chopsticks Asia Hulur Sumbangan 30 Hari 30 Rumah Kebajikan!
Sedar akan tanggungjawab menyantuni golongan yang memerlukan di sekitar Lembah Klang, restoran halal masyarakat tradisi Cina, Chopsticks Asia melancarkan Chopsticks Prihatin.
Menerusi program terbabit, kempen 30 hari 30 rumah kebajikan telah dilancarkan dengan menyasarkan golongan anak yatim, warga emas, gelandangan, ibu tunggal dan lain-lain lagi.
Menurut pemilik Chopsticks Asia, Kenneth Ching, sebanyak 30 buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang telah dikenal pasti untuk diberikan sumbangan berbentuk makanan dan keperluan asas harian.
"Sebenarnya kami dapati ramai golongan kurang bernasib baik serta memerlukan jadi, kami nak bantu meringankan beban yang mereka pikul.
"Selain itu, sebab utama kami menganjurkan program ini adalah untuk mendapatkan keberkatan bulan Syawal yang mulia.
"Jadi, saya berharap dengan bantuan yang kami hulurkan ini sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman di wajah mereka," katanya kepada Gempak.
BERITA TRENDING: Bundle Jepun Buka Ruang Kebajikan, Sasar Kumpul 300 Keperluan Pakaian Sejuk Untuk Saudara Di Syira
Kempen yang kini memberikan pek makanan kepada rumah kebajikan terpilih, pihaknya berhasrat untuk menyalurkan sumbangan wang ringgit pada masa akan datang.
"Buat masa ini, kami memberikan sumbangan dalam bentuk makanan namun kami juga bercadang untuk memberikan dalam bentuk kewangan di masa akan datang.
"Pihak kami juga terbuka untuk menerima sumbangan dan tajaan daripada mana-mana pihak agar program ini dapat memberikan lebih banyak bantuan kepada yang memerlukan.
"Setakat ini sumbangan telah dibuat kepada tiga buah pusat kebajikan iaitu Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong, Rumah Limpahan Kasih Anak Yatim Dan ASNAF dan terbaharu di Rumah Kasih, Setapak," tambahnya.
Setakat tiga hari penganjuran program Chopsticks Prihatin, pihak Kenneth telah menyumbang kira-kira 300 bungkus makanan yang siap dimasak kepada mereka yang memerlukan.
BERITA TRENDING: Dr. Soo Wincci Dilantik Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia – “Ya, Saya Bukan Islam, Tapi Saya Rasa Bertanggungjawab...”
BERITA TRENDING: AZ Pemurah Kekal Sorok Identiti, Bimbang Riyak & Takbur! - "Saya Takkan Tunjuk Wajah"