Hiburan
Sarat Dengan Mesej & Penuh Emosi, Ini 9 Iklan Raya 2024 Yang Best Untuk Ditonton!
Setiap tahun pasti kita menantikan iklan raya yang menarik untuk ditonton. Ada yang sedih, kelakar dan segala perasaan dalam sebuah karya yang kreatif!
Yang paling penting, semuanya memberi mesej yang positif mengenai erti Syawal buat kita semua.
Jom kita tengok beberapa iklan Raya 2024 yang menarik untuk ditonton!
1. Grab – Aku Sebuah Beg Pesanan
Simple saja tapi memang sangat bermakna! Hanya mengisahkan beg pesanan Grab berwarna hijau, penontong dapat merasai emosi dari sudut berbeza.
Tidak hanya berperanan sebagai ruang simpanan, malah beg pesanan ini membawa rezeki kepada Rakan Grab yang sanggup meredah hujan, panas, siang dan malam untuk menyara keluarga.
2. PKNS – Conteng
Iklan Raya bertajuk Conteng ini merupakan antara yang paling popular pada tahun ini. Selepas dua hari dimuatnaik, iklan Raya dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ini sudah mendapat lebih 150,000 tontonan!
Diadaptasi dari kisah benar, Conteng mengisahkan tentang Azuan yang minat melukis. Namun, bapa Azuan merasakan bakat tersebut tidak menjamin masa depan yang cerah buat anaknya.
Azuan juga sering dimarahi kerana tidak mendapat keputusan cemerlang di sekolah seperti abang dan kakaknya. Disebabkan itu, Azuan nekad untuk meninggalkan rumah dan mulakan hidup sendiri.
Iklan Raya ini mendapat pujian ramai bukan sahaja kerana jalan ceritanya yang menyentuh hati, malah ia turut mengetengahkan isu golongan dyslexia.
Walaupun tidak minat belajar, namun golongan ini mempunyai bakat yang besar dalam bidang tertentu.
3. MR. DIY – Sama-Sama Melangkah
Padat dan ringkas tapi penuh emosi! MR. DIY mengangkat kisah pengorbanan ibu yang sanggup bersusah payah mencari rezeki dan membesarkan anak.
Rahmat terpaksa menghantar ibu ke pusat jagaan kerana sibuk bekerja. Namun, suatu peristiwa bersama anaknya telah menyentak jiwa Rahmat. Dapatkah si ibu berhari raya dengan anaknya?
4. Elrah Exclusive – Mak
Buat julung kalinya, Elrah Exclusive telah melancarkan filem pendek sempena 10 tahun dalam industri fesyen.
Menampilkan barisan pelakon serta duta pakaian Elrah Exclusive pada Hari Raya tahun ini, filem pendek bertajuk ‘Mak’ merupakan kisah benar mengenai kehidupan pengasas jenama itu, El Azman.
Walaupun si ibu tidak menunjukkan kasih sayangnya pada anak, namun dia tetap berbangga dengan segala pencapaian anak dan setia mengiringi langkah mereka dengan doa.
5. Etiqa – Niat
Apabila perbezaan diraikan, setiap detik pasti akan jadi lebih istimewa. Iklan raya daripada Etiqa mengisahkan Syukri yang bersungguh-sungguh mengumpul duit untuk membeli barangan baru sempena Hari Raya.
Ibu bapanya juga sampai naik hairan melihat kelakuan anaknya yang terlebih rajin demi mendapat upah membuat kerja di rumah.
Etiqa pada Hari Raya tahun ini membawa isu golongan autisme yang sukar untuk nikmati kemeriahan Aidilfitri seperti orang lain.
5. RHB - Lembaran Baharu
Antara iklan raya yang sangat menyentuh hati, RHB menampilkan kisah benar mengenai seorang peguam bernama Ahmad Zaharil.
Dalam iklan itu, wanita tersebut menceritakan dirinya terpaksa mencuri kotak pensel kerana mahu menghadiahkan kepada anaknya.
Peguam Ahmad Zaharil mengambil keputusan untuk menolong wanita itu dan di akhir video tersebut, anak lelaki wanita itu bertemu semula dengan Ahmad Zaharil.
6. Aina Beauty - Impian Aidilfitri
Jenama kosmetik dan penjagaan wajah, Aina Beauty turut tampil dengan filem pendek Raya 2024 berjudul Impian Aidilfitri.
Terlalu asyik di dalam dunia usahawan. Aina alpa dan lupa akan jasa ibu sehingga menderhaka terhadap suami dan ibunya. Impian Aina tercapai untuk berjaya tetapi keluarganya terabai.
Sesungguhnya Syurga itu di bawah telapak kaki Ibu.
7. Alifcafe - Kalaulah
Mengisahkan tentang Khai (lakonan penyanyi Khai Bahar), seorang anak Manja emak tapi sikapnya terhadap keluarga sering mengguris perasaan keluarganya.
Suatu Hari seluruh keluarga Khai terkorban dalam kemalangan hingga meninggalkan Khai dalam seribu sesalan. Kalau lah dapat diputarkan waktu.
Sebuah iklan Raya 2024 arahan Osman Ali terbitan PRS Production, agency DBWA dihasilkan Oleh ALICAFE.
8. Astro - Ada Apa Dengan Masa
Iklan Astro kali ini yang menampilkan lebih 30 bintang-bintang terkemuka, mengisahkan keluarga Tok Zan dan tiga orang anaknya yang sibuk dengan kerjaya dan hanya melawat bapa mereka sekali sekala serta Hari Raya.
Suatu hari, tiga beradik ini menerima pesanan suara mencemaskan dari Tok Zan, yang mengatakan ‘Ayah, tak cukup masa’ menyebabkan mereka tergesa-gesa pulang ke kampung dan berdepan pelbagai cabaran melucukan.
Sempatkah anak-anak Tok Zan bertemu ayah mereka? Ataupun ada kisah tersembunyi disebalik pesanan suara?
9. Mirinda X The Experts - The Experts Selamatkan Raya Bersama Mirinda
Buat julung kali, jenama minuman terkenal Mirinda bekerjasama dengan filem The Experts tampil dengan iklan Raya 2024 dengan hasil karya produksi Astro Shaw Sdn Bhd berjudul ‘The Experts Selamatkan Raya Bersama Mirinda’.
Mengisahkan tentang adik-beradik, Sharif, Amiruddin, Rozland, Khairul dan Emma - mendapati diri mereka dalam teka-teki sebelum rumah terbuka Hari Raya mereka.
Nasib baik, mereka berjaya mencari penyelesaian tetapi ia tidak semudah itu, ia melibatkan pelaksanaan rompakan yang bijak melibatkan seorang makcik yang bersahaja.
Menariknya, Mirinda juga ada membuat contest Riang Ria Raya bersama The Experts dan hadiah paling grand, pemenang akan menang Proton X50 tau!
Selain itu, ada juga aktiviti supermarket meet & greet di mana peminat dapat berjumpa dengan barisan pelakon The Experts.