Laman Utama

Sarat Elemen Asia Tenggara Seperti Gamelan & Pencak Silat, Ini Lima Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Raya and The Last Dragon!

Azwa Rahman
05/03/2021
12:24 MYT
Sponsor Banner
Sarat Elemen Asia Tenggara Seperti Gamelan & Pencak Silat, Ini Lima Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Raya and The Last Dragon!
Karya terbaru Disney, Raya and The Last Dragon sudah berada di pawagam berdekatan anda bermula harini.
Filem ini mengisahkan Raya, seorang puteri pahlawan bersama haiwan peliharaan, Tuk-Tuk, naga Sisu serta sekumpulan kawan berusaha menyatukan lima tanah yang terpisah gara-gara perebutan kuasa.
Gempak berkesempatan menonton filem ini sewaktu majlis tayangan perdana Disney sebentar tadi dan cukup membuatkan kami terpaku!
Di sini disertakan lima sebab kepada anda perlu menonton Raya and The Last Dragon hujunh minggu ini.
1. Sarat budaya negara Asia Tenggara
Filem Raya The Last Dragon mengambil inspirasi daripada negara-negara di Asia Tenggara seperti Laos, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Singapura dan Malaysia. Ia terasa begitu dekat dengan penonton apabila memaparkan pemandangan yang biasa kita lihat di negara jiran.
Lebih menarik, kawasan di dalam filem ini turut menerapkan elemen negara di Asia Tenggara iaitu Talon, sebuah bandar terapung yang mengambil inspirasi floating market di Thailand dan Laos.
Tanah Fang menerapkan elemen seni bina Angkor Wat manakala Tail pula bandar sungai seumpama Sungai Mekong. Raya selaku puteri tanah Heart pula menggunakan pencak silat dan pedang sebagai seni mempertahankan diri.
2. Sarat mesej dan pengajaran
Filem ini mudah difahami, sarat pengajaran dan memberi impak yang mendalam buat penonton. Seawal 30 minit bersiaran, ia sudah membuatkan air mata anda bergenang dengan penceritaannya.
Kasih sayang Raya dan bapanya, terpisah kawasan gara-gara perebutan kuasa dan jangan mudah mempercayai sesuatu perkara antara mesej yang mudah difahami sewaktu anda menonton filem ini.
Raya and The Last Dragon turut dilanda wabak dan mengingatkan kita kepada pandemik COVID-19. Mereka berusaha memulihkan keadaan negara dan akhirnya kembali bersatu seolah-olah memberi kita harapan.
3. Animasi yang cantik
Filem animasi yang mengambil inspirasi daripada negara-negara Asia Tenggara ini cukup cantik.
Penelitian visual pada penggunaan warna negara purba Kumandra, pakaian, solekan malah makanan nampak hidup dan sangat menyenangkan apabila ditonton.
Malah, tenaga kerja filem ini siap turun ke negara-negara berkenaan melakukan melakukan kajian dan penelitian terhadap setiap elemen sebelum ia diterbitkan ke dalam bentuk animasi. Cukup berbaloi!
4. Tenaga kerja dari Malaysia
Tahukah anda penulis bagi filem ini adalah anak Malaysia, Adele Lim. Adele merupakan penulis senior yang berjaya menerusi karya popular Crazy Rich Asians.
Malah, suara-suara di sebalik setiap watak merupakan bintang dari Asia seperti Kelly Marie Tran (Raya), Awkwafina (Naga Sisu), Gemma Chan (Namaari), Daniel Dae Kim (Benja) dan ramai lagi.
5. Rindu pawagam!
Memasuki fasa Perintan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPK) pada hari ini, aktiviti penggambaran dan tayangan filem sudah dibenarkan dibuka di seluruh negeri.
Mula ditayangkan hari ini, Raya and The Last Dragon wajib menjadi pilihan anda untuk serbu pawagam. Namun, jangan lupa untuk mengikuti SOP yand telah ditetapkan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar