Laman Utama
Satu Keluarga Tidak Dapat Melancong Ke Luar Negara Gara-Gara Tak Renew Passport 6 Bulan Awal
Nampaknya, impian satu keluarga untuk menaiki kapal persiaran dan bercuti ke luar negara tergendala gara-gara ada dalam kalangan mereka tidak memperbaharui passport sebelum tempoh sah 6 bulan yang ditetapkan.
Menerusi satu video viral di TikTok, si ibu memberitahu yang mereka tidak dibenarkan berlepas oleh pihak Imigresen sungguhpun mereka sudah berada di Pelabuhan Klang, Selangor bersiap sedia untuk bercuti.
Dalam masa yang sama, si ibu memberitahu yang hanya satu passport milik seorang sahaja anaknya yang lepas untuk ke luar negara, sementara yang lain perlu diperbaharui kerana melangkaui tempoh enam bulan yang ditetapkan.
Menurut si ibu, dia sudah membayar sejumlah wang RM5,000 bagi tujuan percutian berkenaan. Namun, agensi yang menguruskan percutian tersebut tidak menjawab panggilan wanita itu.
Menerusi tinjauan Gempak di platform X, ada dalam kalangan netizen berpendapat, setiap orang yang memiliki passport perlu cakna dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Ada juga berpendapat agensi pelancongan tersebut sepatutnya perlu memberi peringatan kepada pelanggan terutama mereka yang jarang menggunakan passport untuk ke luar negara.
Meerut laman web Kementerian Luar Negari, pemegang passport Malaysia perlu memperbaharui passport mereka sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh.
Sumber: TikTok dan Kementerian Luar Negeri