Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Satu-Satunya Anak Perempuan Ibu Dan Daddy” - Dekta Banyak Warisi Sifat Allahyarham Siti Sarah

Mya Amri 22/10/2021 | 04:04 MYT

Satu-satunya anak perempuan peninggalan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Dzahira Talita Zahra, 8, banyak mewarisi sifat ibunya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram arwah Siti Sarah, Shuib menyatakan Talita atau lebih mesra dengan panggilan Dekta banyak membantu menguruskan keluarga.

Walaupun baru berusia lapan tahun, Dekta seolah-olah memahami tanggungjawab sebagai seorang kakak yang dipukulnya.

“Satu-satu anak perempuan ibu dan daddy. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

“Sangat-sangat mengambil berat tentang keluarga. Banyak sifat ibu yang ada pada Talita,” tulisnya.

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Sebelum ini juga, Shub pernah berkongsi Talita juga turut membantu menjaga anak bongsunya, Ayash Affan sejak zuriat terakhir arwah Siti Sarah itu dibawa pulang ke rumah selepas sebulan berada dalam pemantauan pihak hospital.

BACA: “Dekta Tidur Satu Pagi, Bergilir Jaga Dengan Daddy” - Shuib Syukur Ayash Tak Banyak Ragam, Perangai Macam Siti Sarah

Shuib kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos lalu selepas tiga hari ditidurkan dan bertarung nyawa melawan COVID-19.

Allahyarham sempat melahirkan zuriat terakhir mereka, Ayash Affan pada 6 Ogos lalu dalam keadaan ditidurkan.

#Siti Sarah Raissuddin #Allahyarham Siti Sarah #Dekta #Dzahira Talita Zahra #Talita
;