Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#SaveCBN! Netizen Wujudkan Petisyen Selamatkan Convent Bukit Nanas

Mya Amri 21/04/2021 | 02:50 MYT
Netizen meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila kerajaan memutuskan untuk tidak memperbaharui pajakan tanah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN).
Di media social, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan berkenaan selain memberikan pendapat masing-masing.
Netizen juga menyatakan bahawa CBN wajar diwartakan sebagai tapak warisan sejak dari dahulu lagi bersama sekolah Victoria Institute.
Malah isu pajakan tanah tapak Sekolah Menengah Kebangsaan CBN itu juga menjadi topik hangat sehingga trending di Twitter dengan tanda pagar #SaveCBN dan #ConvertBukitNanas semalam.
Disebabkan isu tersebut juga, netizen telah memuwujudkan satu petisyen untuk menyelamatkan tanah sekolah itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Untuk info, Convent Bukit Nanas merupakan sekolah perempuan yang ditubuhkan pada tahun 1899 sekaligus menjadikan CBN antara sekolah tertua di Malaysia.
Terdahulu, semakan kehakiman terhadap keputusan itu berlangsung pada 19 April dan sekolah diberi cuti sementara dengan perbicaraan berikutnya dijadualkan pada 4 Mei 2021.
Foto: Google
#Netizen #CBN #Convent Bukit Nanas #Netizen Mahu Selamatkan CBN #Save CBN
;