Hiburan

“Saya Ada Nama” - Sering Disapa Dengan Panggilan Hantu, Dalimawati Terkilan

Azwa Rahman
23/08/2019
10:20 MYT
Sponsor Banner
“Saya Ada Nama” - Sering Disapa Dengan Panggilan Hantu, Dalimawati Terkilan
Pelakon Dalimawati terkilan apabila dia sering disapa dengan panggilan hantu Kak Limah berbanding namanya yang sebenar.
Memetik laporan HLive, Dalimawati atau nama sebenarnya Dalimawati Ismail, 61, memaklumkan menjadi watak utama bagi filem hantu komedi itu membuatkan peminat terbawa-bawa nama itu hingga ke dunia nyata.
“Memang selalu macam tu. Kadang-kadang ada kawan yang pertahankan saya bila ada orang panggil saya hantu.
“Saya bukan hantulah. Saya ada nama. Hantu tu dalam filem sahaja, jangan diluar pun nak dipanggil hantu,” ujar pelakon yang sinonim dengan watak Kak Limah itu.
Namun, Dalimawati tetap memandang melihat perkara ini dari sudut yang positif apabila dia sendiri yang berbesar hati untuk melakonkan watak hantu tersebut.
“Nak buat macam mana, dah memang saya nak ambil watak tu, terima je la,” ujarnya pasrah.
Sedikit tentang perkembangan terbaru, Dalimawati telah tersenarai sebagai calon Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 32.
Dalimawati bakal bersaing merebut anugerah Pelakon Filem Wanita Popular bersama Erra Fazira, Mira Filzah, Hannah Delisha dan Uqasha Senrose.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar