Laman Utama

"Saya Ada Problem Nak Cut & Paste" - Dayang Akui Mencabar Rakam Lagu Di Rumah, Selalu Buat Sekali Harung!

Asraf Aided
26/08/2021
09:10 MYT
Sponsor Banner
"Saya Ada Problem Nak Cut & Paste" - Dayang Akui Mencabar Rakam Lagu Di Rumah, Selalu Buat Sekali Harung!
Situasi pandemik COVID-19 semestinya memberi kelainan kepada kehidupan seharian orang ramai terutamanya dari segi pekerjaan.
Perkara sama dialami penyanyi popular, Dayang Nurfaizah yang harus berdepan perubahan cara kerja yang kini dilakukan di rumah.
"Selama 20 tahun lebih saya menyanyi, inilah baru saya rakam vokal dan video sendiri di rumah.
"Sebenarnya, saya ada masalah tak reti hal-hal suntingan seperti cut and paste.
"Biasanya kalau rakam lagu kena buat sekali harung sahaja, kalau ada gangguan memang kena rakam semula," katanya.
Dayang berkata demikian ketika sesi Chillax untuk program COVAiD #BaikSemula secara virtual baru baru ini.
Bagaimanapun, Dayang akui seronok menghadapi perubahan itu kerana dapat memberi pengalaman baru kepadanya.
"Apapun, ia adalah satu pengalaman berbeza untuk saya, agak menyeronokkan sebab saya dapat belajar perkara baru sejak pandemik ini," katanya lagi.
Selain Dayang, sesi virtual tersebut turut disertai rakan artis lain seperti Naim Daniel, Dolla, Misha Omar, Hael Husaini dan ramai lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024