Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Saya Adalah Seorang Pemberita Selamanya" - Ras Adiba Tinggalkan Dunia Penyiaran Selepas 34 Tahun

ZULHILMI JALIL 16/05/2020 | 09:41 MYT

Selepas berkecimpung selama 34 tahun dalam dunia penyiaran, personaliti televisyen Ras Adiba Radzi mengumumkan pengundurannya secara rasmi dalam bidang tersebut menerusi satu posting yang di muat naik di Instagram.

Pengurus peribadinya, Ahmad Daniel ketika dihubungi Gempak memberitahu, pengunduran tersebut mempunyai kaitan dengan pelantikannya sebagai seorang Senator.
"Beliau mengundurkan diri kerana pelantikannya sebagai seorang Senator.
"Dengan itu, secara tidak langsung, selepas beliau dapat memberikan fokus dalam memperkasakan golongan orang kelainan upaya," katanya kepada Gempak.
Ras Adiba turut mengakui ia merupakan satu keputusan yang sukar untuk meninggalkan satu bidang yang sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.
"Saya adalah seorang pemberita selamanya dan berat sungguh untuk saya buat keputusan ini. Saya harus tinggalkan kamu aduhai, jiwa saya.
"Dan malam ini (semalam) jam 8 di NTV7, berakhirlah sudah kisah cinta kita apabila dengan perlahan saya cabut keluar mikrofon yang tersemat di kolar jaket dan alat pendengaran dari dalam telinga saya. Kalbu saya teresak menangis kerana inilah pengakhirnya.
"Maaf kerana saya terpaksa berundur bukan kerana tidak sayang tetapi kerana rancangan Illahi sudah tersusun rapi. Esak saya teramat sungguh namun tidak akan mahu saya ucapkan selamat tinggal. Apa mungkin saya akan dirindui?," tulisnya.

Setelah 34 tahun,saya bakal tinggal kan sesuatu yang saya kasihi & dikasihi. Saya hidup,makan,lena & bertugas sebagai Penyelaras pakaian,Wartawan siaran,Pengulas sukan,Penerbit & Penyampai berita. Sejak 1986 di Jln Liku,saya menjadi Penyampai berita termuda negara. Saya seronok pabila diberi tugasan luar & membaca berita.Ianya hidup saya.Teruja sungguh pabila mendengar kiraan saat untuk ke udara & sejurus lampu dinyalakan. Namun hari ini adalah hari yang saya tahu akan jelang tetapi tidak tahu kapan akan tibanya. Saya adalah seorang pemberita selamanya & berat sungguh untuk saya buat keputusan ini.Saya harus tinggalkan kamu aduhai, jiwa saya. Dan malam ini jam 8,16Mei NTV7, berakhirlah sudah kisah cinta kita. Pabila dengan perlahan saya cabut keluar mikrofon yang tersemat di kolar jaket & alat pendengaran dari dalam telinga saya.Kalbu saya teresak menangis kerna inilah pengakhirnya.Terimakasih TV3, terimakasih NTV7.Maaf kerana saya terpaksa berundur,bukan kerana tidak sayang tetapi kerana rancangan Illahi sudah tersusun rapi.Esak saya teramat sungguh namun tidak akan mahu saya ucapkan selamat tinggal. Apa mungkin saya akan dirindui? I'm leaving you after 34 years. I ate,slept,worked & lived as a Wardrobe coordinator,Boadcast journalist,Sport commentator, Producer & News Anchor.From as far back as 1986 in Jalan Liku,Bangsar,I grew up to become the country's youngest Newscaster.My heart would sing each time I am on-air or out reporting on the ground, I never tire,it became a passion.My adrenalin would jump up high each time I hear the countdown & when the lights go on.This is a sad day,a day that I know would come but not know when.I am a News woman & I will never stop being one.I bid you farewell dear love & I hope you know how much joy you have brought into my life.And tonight at 8pm,16th May NTV7,I shall remove the lapel microphone from my jacket very gently & the audio piece placed in my ears for the last time.My heart bleeds but I know that I have to do this & that I have done what it takes.Thank you TV3 & thank you NTV7,I leave you now,but I will never say goodbye.Perhaps you would miss me too? #7editionmalaysia #ntv7malaysia #tv3malaysia #mediaprimaberhad

A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi) on

Menurut Ras Adiba sepanjang tempoh berkecimpung dalam dunia penyiaran terlalu banyak kenangan yang sukar dilupakan.
"Saya hidup, makan, lena dan bertugas sebagai penyelaras pakaian, wartawan siaran, pengulas sukan, penerbit dan penyampai berita.
"Sejak 1986 di Jalan Liku, saya menjadi penyampai berita termuda negara. Saya seronok apabila diberi tugasan luar dan membaca berita. Ianya hidup saya. Teruja sungguh pabila mendengar kiraan saat untuk ke udara dan sejurus lampu dinyalakan.
"Namun hari ini (semalam) adalah hari yang saya tahu akan jelang tetapi tidak tahu kapan akan tibanya," coretnya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan Ras Adiba dilantik menjadi senator mewakili golongan orang kelainan upaya (OKU).
Majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara itu dijangka berlangsung pada Isnin depan.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Penyampai Berita #Ras Adiba Radzi #Senator
;