Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

"Saya Akan Buat Apa Saja Untuk Menyelamatkan Rumah Tangga Saya" - Mia Ahmad

Amri Hassan 09/11/2018 | 07:18 MYT
Pelakon Mia Ahmad rela melakukan apa sahaja demi menyelamatkan rumah tangganya dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Izham Tarmizi Roslan.
Kata Mia, 30, menerusi Instastoriesnya semalam, hanya dia dan individu terbabit sahaja mengetahui kebenaran kisah yang berlaku antara mereka.
"Anda boleh cakap apa saja dan saya tahu apa yang saya lakukan serta akibatnya.
"Hanya Allah, saya, suami dan dia (wanita yang didakwa curang dengan suaminya) tahu kebenarannya.
"Saya akan buat apa sahaja untuk menyelamatkan rumah tangga saya," tulisnya.
Pelakon drama Hati Perempuan itu juga enggan mempedulikan kata-kata orang terhadap situasi yang berlaku.
"Orang tidak tahu apa yang saya lalui. Mereka tidak rasa apa yang saya rasakan.
"Saya juga berterima kasih kepada media sosial kerana memudahkan tugas saya (pastinya ada baik dan buruk), jadi, apa pula seterusnya?" tambahnya.
Terdahulu, Mia telah memadamkan semua foto suaminya di Instagram selain memuat naik entri seolah-olah memberikan gambaran rumah tangganya bergolak.
Menerusi pendedahan Mia kepada media, sepasang kekasih telah menuduh suaminya berlaku curang dengan seorang wanita.
Bagaimanapun, dakwaan itu ditepis Izham.
Baca: "Harta Tak Ternilai Selamanya Keluarga Saya" - Suami Mia Ahmad
Mia dan Izham telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.
#Mia Ahmad #Kontroversi #Izham Tarmizi
;