Laman Utama

“Saya Akan Cari Level Saya, Berpengalaman, Kaya &…” - Vida Dah Ready Nak Kawin? Bekas PA Calon?

Hanafis Haris
28/08/2021
02:00 MYT
Sponsor Banner
“Saya Akan Cari Level Saya, Berpengalaman, Kaya &…” - Vida Dah Ready Nak Kawin? Bekas PA Calon?

Tiada angin tiada ribut, muncul gosip ‘panas’ membabitkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.

Menurut Vida, ramai mendakwa dia bakal menamatkan zaman janda dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Walau bagaimanapun, Vida menafikan segala tomahan berkenaan dan menganggap ia hanya sekadar khabar angin.

“Ramai tanya betul ke saya nak kahwin. Ada ke lelaki nak dekat saya.

“Tengok la saya jenis brutal begini, semua buat, takut lari je nanti,” katanya.

Tambahnya, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin memandangkan anak-anaknya kini menjadi keutamaan.

“Anak-anak, keluarga dan syarikat adalah priority saya.

“Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level level saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course,” Sayakatanya.

Terdahulu, tular rakaman siaran langsung di Instagram antara Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri.

Dalam rakaman video itu, Aliff mengusik Vida kononnya usahawan itu akan berkahwin dengan Ahmad Iqbal.

Sekadar info, Vida sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun semuanya berakhir dengan penceraian.

Hasil perkahwinan pertama dengan Mohd Amin Yasin, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Bagaimanapun, anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 3 Ogos 2013.

Vida kini membesarkan dua lagi anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau Cik B, 16, dan Eric Zaquan, 14.


Related Topics
Must-Watch Video
Unitar