Laman Utama
“Saya Akan Fikir Dua, Tiga Kali” – Siti Saleha Berwaspada Sebelum Kongsi Apa-Apa Di Media Sosial
Pelakon Siti Saleha baru-baru ini mendedahkan bahawa dirinya sangat berhati-hati ketika menggunakan media sosial.
Menurut Siti Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharum, 33, dia tidak suka menggunakan platform itu bagi mendapatkan publisiti murahan serta berfikir sebelum memuat naik sebarang kandungan.
“Kalau saya nak muat naik sesuatu dalam media sosial, saya akan tanya orang dulu. Saya akan fikir dua tiga kali.
“Ada orang dia nak kekal relevan dalam industri, media sosial adalah sebahagian daripada platform tapi saya tidak suka menggunakan publisiti murahan. Itu bukan cara saya.
Kalau guna sedikit publisiti itu pun janganlah secara berlebih-lebihan. Biarlah berpada-pada,” katanya.
Tambahnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang masalah jika media sosial digunakan untuk perihal berkaitan kerja, tetapi kurang senang apabila medium itu dijadikan lubuk untuk membangkitkan isu sensasi.
Sekadar info, Siti Saleha merupakan adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar.
Sumber: Harian Metro