Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Saya Akan Jumpa Emak, Itu Tetap Ibu Kita" - Shila Amzah

Gempak 16/10/2023 | 15:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah tetap akan bersemuka dengan ibunya, Fauziah Sarman bagi merungkai salah faham yang tercetus antara mereka.
Katanya, hanya masa yang akan menentukan pertemuan itu memandangkan perkara berkenaan membabitkan soal perasaan yang tidak boleh dipaksa.
“Saya ambil keputusan berdiam diri dulu dan biarkan hal ini reda serta dapat diselesaikan secara semula jadi tanpa gesaan sebab setiap benda pun memerlukan masa.
“Kita tak mahu memaksa, tetapi buat masa sekarang saya dan Syahir cuma boleh berdoa dari jauh agar semuanya dapat diselesaikan secepat mungkin.
“Sudah tentu saya akan jumpa emak, sebab itu tetap ibu kita, cuma waktunya bukan sekarang, biar masa dan jodoh menentukan,” katanya kepada Kosmo!.
Shila atau Nurshahila Amir Amzah yang bergandingan dengan adiknya, Amir Syahir, 28, dalam sebuah program televisyen ketika ini turut berharap orang ramai mendoakan hubungan bersama ibu mereka kembali pilih.
Malah, penyanyi Memori Tercipta itu lebih selesa mengambil pendekatan enggan lagi membalas dakwaan yang dilemparkan seorang lagi adiknya, Amir Syafiq, 30.
“Saya tak boleh cakap lebih-lebih kerana pada akhirnya isu ini membabitkan hal keluarga, tambahan pula saya pun bukan jenis yang suka cakap-cakap.
“Kebenaran belum keluar lagi sepenuhnya. Apa yang dikongsikan sebelum ini hanya sikit tapi bukanlah saya berhasrat nak dedahkan, kita kena simpan sendiri hal ini,” ulasnya lagi.
Sebelum ini, krisis dalaman keluarga Shila bermula selepas Syada membuat luahan mencari rumah sewa disebabkan bakal dihalau keluar dari kediaman yang didiami bersama ibu mereka.
Menjelaskan keadaan, nak sulung daripada empat bersaudara itu membuat balasan dalam sesi siaran langsung Instagram mendedahkan pelbagai perkara termasuk bekerja pada usia muda, selain pernah dikasari Syafiq.
Penyanyi itu turut memperincikan penjualan rumah banglo miliknya serta sikap sebenar Syafiq dan Syada sehingga ibu mereka pula tampil yang menghangatkan lagi konflik terbuka keluarga.
Sumber: Kosmo!
#Penyanyi #Viral #Kontroversi #Shila Amzah #ND Lala #Fauziah Sarman
;