Hiburan
“Saya Anak Bongsu, Saya Sangat Manja…Saya Manja Dengan Family” – Chacha Maembong Jawab Isu Dicium Abang Ipar
Pelakon Chacha Maembong akhirnya membuka mulut tentang foto dicium abang ipar ketika majlis pernikahan kakaknya, Emma Maembong yang tular baru-baru ini.
Chacha berkata, dia merupakan anak bongsu dan sangat manja dengan semua orang terutama ahli keluarganya.
“Saya adik bongsu dan saya sangat manja. Saya manja dengan family saya, saya manja dengan abang ipar saya semua, saya manja dengan semua orang yang saya rasa itu adalah keluarga saya.
“Tak salah sebagai adik bongsu yang baru dapat abang ipar dan kakak saya baru je ‘halal’ so tak salah kalau kita nak meraikan kebahagiaan itu.
“Saya happy dengan family saya. Tak ada isu pun timbul dalam family fasal benda ni,” katanya.
Menurut Chacha foto tersebut adalah biasa dan sepatutnya tidak dijadikan isu kerana semua orang juga melakukan benda yang sama.
Tambah Chacha, mungkin kerana dirinya merupakan public figure, apa sahaja yang dilakukan menjadi perhatian ramai dan nampak salah.
“Fasal gambar tu, it’s a normal gambar. Saya perasan 90 peratus orang, semua buat macam tu...tapi kenapa bila saya, semua orang macam gila-gila hentam saya?
“Tapi biarlah orang nak cakap, cakap je lah...Saya swipe-swipe orang lain ada je gambar macam tu…tak ada pun nak bising.
“Saya tak boleh nak komen macam-macam sebab mulut orang kita tak boleh nak tutup. Sebab apa yang saya buat, kita ni sebagai public figure apa yang kita buat orang akan nampak semua salah kita.
“So cara yang terbaik kita diamkan diri. Tak payah balas-membalas, kalau melawan pun nak buat apa so, i just keep it low,” katanya kepada HLive!
Dalam perkembangan lain, Chacha kini sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama.