Laman Utama
“Saya Anggap Konflik Dah Selesai” - Shila Amzah Tak Mahu Gaduh Dengan Keluarga, Tetap Pendirian Jual Banglo
Sebelum ini, nama penyanyi Shila Amzah menjadi buah mulut netizen selepas difahamkan mempunyai konflik bersama keluarga kandungnya.
Terbaharu, Shila Amzah atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 33, menganggap bahawa konflik yang berlaku telah pun selesai.
Dalam pada itu, Shila turut meminta orang ramai supaya mengendahkan kata-kata yang keluar daripada mulut adiknya, Amir Syafiq Amzah yang dianggap tidak suka mengakui kesalahan.
“Saya anggap konflik ini sudah selesai. Daripada segi keluarga, otak saya dah selesai.
“Dia jenis orang yang tak mengaku salah. Tak tahu diri sendiri memang suka meratip. Jadi jangan bagi perhatian.
“Makin dilayan makin naik lemak dia nanti. Biarlah dia cari duit sendiri betul-betul,” kata pelantun lagu Selamanya Cinta itu.
Terdahulu, kontroversi yang berlaku di antara Shila dan keluarga dikatakan bermula setelah adik bongsunya, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau daripada rumah banglo yang didiaminya.
Walau bagaimanapun, kenyataan itu dinafikan oleh Shila, di mana dia menerangkan ingin memberi kediaman yang lebih selesa buat ibunya.
Shila juga mengakui rumah banglo itu meninggalkan banyak kenangan buruk yang tidak mahu diingati selepas bapa mereka, ND Lala berkahwin dengan seorang wanita muda.
Sumber: Kosmo