Hiburan

“Saya Bangga Anak Saya Penembak Terbaik…Tapi Sudah Ketentuan Allah SWT” – AR BAdul

Fiza Kamarudin
05/09/2019
01:26 MYT
Sponsor Banner
“Saya Bangga Anak Saya Penembak Terbaik…Tapi Sudah Ketentuan Allah SWT” – AR BAdul
Walaupun masih bersedih dengan pemergian anakandanya Mejar Mohd Zahir Armaya, yang gugur ketika menjalaji latihan seniman veteran AR Badul berbangga kerana Allahyarham merupakan penembak terbaik.
Badul ketika ditemui berkata, dia reda dengan ketentuan Allah SWT.
"Dia adalah seorang anak dari keluarga seni yang pergi (menyertai) ke bidang ketenteraan.
"Saya rasa bangga (pencapaian Allahyarham Mohd Zahir). Saya tidak mimpi anak saya jadi tentera, jadi komando dapat jadi kapten... baru naik jadi mejar.
"Dia penembak terbaik darat dan udara semua dia buat. Bukan senang semua ada kemampuan macam itu, kita bangga tetapi bila kehendak Allah macam ini kita reda apa lagi nak cakap," ujar pelakon tersohor itu dalam temu bual dengan Astro AWANI.
Kata Badul, pemergian Mohd Zahir ke rahmatullah ketika bertugas adalah tanda pengorbanan seorang tentera yang sanggup berkorban demi negara dan bangsa.
"Kita kadang-kadang (kerjaya tentera) tidak ambil pandang langsung. Sama macam kejadian berlaku (ada yang) kata tentera suruh pergi buat kerja ladang semua.
"Kegunaan dan tanggungjawab tentera besar dia boleh apa sahaja untuk negara dan bangsa," ujar seniman itu lagi.
Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, selamat dikebumikan dalam di Tanah Perkuburan Tambun, Ipoh dengan penuh istiadat ketenteraan.
Istiadat pengebumian yang berlangsung dalam suasana hiba itu dihadiri lebih 2,000 orang termasuk ahli keluarga, warga ATM dan penduduk setempat.
Istiadat pengebumian selesai sepenuhnya pada 8.45 pagi.
Terdahulu jenazah Mejar Mohd Zahir dibawa dari Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur, 2.23 pagi selepas selesai solat jenazah di Masjid Al Fatih diimamkan Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan (TKPP) Brigadier Jeneral Datuk Mustafa Abdul Manap.
Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, pegawai komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas (GGK) maut terkena tembakan ketika demonstrasi latihan di Kem Lok Kawi, Sabah.
Mejar Mohd Zahir Armaya terkena tembakan jarak dekat ketika melakukan aksi demonstrasi sempena Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu pada 8.40 pagi, hari ini.
Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi ketika rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar