“Saya Baru Sahaja Bercerai Sebulan Lalu, Tetapi Saya Tidak Menyesal” - Fazura
Hampir sebulan bercerai, pelakon dan penyanyi Nur Fazura dilihat tampil membuat kemunculan di sebuah wawancara di Indonesia.
Inspirasi lagu Bertahan Demi Cinta
Menerusi temu bual rancangan Sea Today News, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin tampil mengulas mengenai inspirasi di sebalik lagu yang bertajuk Bertahan Demi Cinta itu.
“Lagu ini tentang seorang lelaki dan wanita yang saling mencintal. Dalam perkahwinan banyak halangan dan perlu bertahan demi cinta dan sebab itu tajuk lagu ini 'Bertahan Demi Cinta," ujarnya.
Malah, menjawab mengenai pertanyaan hos sama ada dia pernah atau tidak memperjuangkan cinta, Fazura memaklumkan dia tidak pernah menyesal perkahwinannya bersama bekas suami, Fattah berakhir dengan penceraian.
“Sudah semestinya (mempertahankan cinta).
“Saya berbangga dapat bertahan dan memberikan segala-galanya dalam perkahwinan saya.
“Sebenarnya, saya sudah berkahwin selama tujuh tahun tetapi baru sahaja bercerai kira-kira sebulan yang lalu. Tetapi saya tidak menyesal,” katanya.
BERITA BERKAITAN:Fazura Fail Tuntutan Hadanah Anak Terhadap Fattah
BERITA BERKAITAN: Infak Duit Komisen RM90,000, Fattah Amin Dapat Hadiah Kereta Mewah Pula Dari Kedai Emas? - “Bertambah Rezekinya Selepas…”
Sekadar info, single tersebut merupakan lagu duet yang pernah dirakamkan bersama bekas suaminya, Fattah Amin sebelum mereka bercerai.
Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya komposer Ippo Hafiz dan diterbitkan oleh syarikat rakaman Indonesia jaitu Hits Records.
BERITA BERKAITAN: “Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin
Terdahulu, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Pada 13 September, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.