Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Saya Bertanggungjawab Di Atas Apa Yang Berlaku” - Jurulatih Ziyad Zolkefli

Azwa Rahman 04/09/2021 | 02:08 MYT
Jurulatih atlet paralimpik negara, Faizol Harun mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku terhadap anak didiknya, Muhammad Ziyad Zolkefli yang terlepas pingat emas bagi acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).
Beliau meminta tiada lagi pihak menunding jari kepada sesiapa atas apa yang berlaku pada Selasa lalu.
“Saya mohon bagi pihak yang mencari siapa yang bersalah dan tidak, saya selaku jurulatih kepada Ziyad dan dekat dengannya.
“Saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku serta meminta jangan menuding jari kepada orang lain,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Jumaat.
Tambah Faizol, mereka mendakwa tiba di pintu memasuki bilik menunggu tepat pada pukul 5.55 iaitu waktu panggilan tetapi tidak dibenarkan masuk sebelum membuat rayuan dan dibenarkan ketua pengadil.
Selain Ziyad, pemenang pingat perak sukan boccia, Chew Wei Lun turut disambut dengan meriah.
Selain disambut oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dua bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut hadir menyambut kepulangan wira-wira Paralimpik negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Wei Lun dan Muhammad Ziyad antara lapan anggota kumpulan Kontinjen Malaysia termasuk tiga atlet daripada sukan para renang, para olahraga dan boccia tiba di sini, pada 5.09 petang dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH0071.
#Ziyad Zolkefli #Paralimpik Tokyo 2020 #Lontar peluru #Faizol Harun
;