Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Saya Buat Apa Yang Perlu” - Sharnaaz Ahmad Nafi Panas Baran Punca Dakwaan Memukul Penghuni Kondominium!

Hanafis Haris 20/06/2022 | 06:57 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, akhirnya dibebaskan dengan jaminan polis hari ini atas dakwaan memukul seorang penghuni di kondominium di Segambut, di sini, Khamis lalu.

Tampil memperjelaskan situasi sebenar, Sharnaaz berkata, apa yang berlaku tiada kaitan dengan isu panas baran.

"Saya tidak bodoh untuk melakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi mengatakan saya panas baran, tunggu cerita sebenarnya.

"Apa yang saya boleh katakan di sini, tiada unsur panas baran yang berlaku.

“Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu. Kenyataan yang keluar hanya dari sebelah sana. Belum lagi dari pihak saya.

"Jangan hakimi terlalu awal. Tak tahu lagi bila pendakwaan tetapi saya sudah beri keterangan sebaik mungkin kepada pihak polis.

“Saya juga akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar dalam waktu terdekat," katanya sebaik keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Tambah Sharnaaz, dia juga mahu membuktikan kepada mahkamah bahawa dirinya tidak bersalah dalam kes berlaku.

"Selama tiga hari ini lebih kepada membantu siasatan. Tiada yang teruk, malah banyak pengajaran yang saya belajar.

“Jangan risau saya okay dan pihak polis juga memberikan layanan yang baik.

"Saya yakin saya tidak bersalah. Insya- Allah saya akan buktikan kepada semua ada kebaikan yang saya buat dalam kes ini yang orang tak tahu dan tidak diceritakan.

“Saya akan ceritakan nanti di mahkamah. Saya harap tiada pihak cuba buat spekulasi dan terus menuduh mengatakan saya ini penjenayah," katanya menerusi Harian Metro.

BACA: Belasah Penghuni Kondominium, Pelakon Lelaki Popular Direman 3 Hari

#Sharnaaz #Bebas #Panas Baran
;