Hiburan
"Saya Bukan Nak Gugat Kerjaya Pereka Fesyen" - Zur Eda Tampil Koleksi Pakaian Sendiri
Penyanyi senior, Zur Eda Mokthar tampil dengan koleksi pakaiannya sendiri, Zur Eda Celebrity.
Bekerjasama dengan pereka fesyen dan kasut terkenal Lan Baharin, Zur Eda menghasilkan rekaan baju kurung dengan sentuhan tersendiri.
"Sebelum ini, saya memang aktif berniaga biskut dan kerepek. Alhamdulillah, pada tahun ini, saya menceburi pula bidang fesyen, bekerjasama dengan Lan Baharin.
"Jadi, saya dan Lan bergabung idea bersama menghasilkan rekaan koleksi baju kurung untuk wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun dan ke atas," kata Zur Eda.
Menjual koleksi pakaiannya secara atas talian menerusi akaun Instagram miliknya, Zur Eda mahu memeriahkan lagi industri fesyen.
"Menerusi koleksi ini, saya menampilkan konsep tropika dan alam semula jadi. Semuanya dijual menerusi laman Instagram saya atau Instagram @butikzureda.
"Tujuan saya tampil dengan koleksi pakaian sendiri bukanlah mahu menggugat pereka fesyen. Saya cuma nak memeriahkan industri sahaja. Saya harap kehadiran saya dapat diterima dengan baik," katanya lagi.