“Saya Bukanlah Tua Lagi” - Puteri Sarah Liyana Mahu Cari Cinta Baharu, Enggan Kembali Ke Kehidupan Lama
Sudah lebih setahun bercerai, pelakon Puteri Sarah Liyana berkata dia tidak mahu kembali ke kehidupan lamanya malah ingin mencari cinta baharu.
Harap Dipertemukan Jodoh
Tak pernah serik dalam perhubungan, Sarah memberitahu usianya juga masih muda untuk mendapatkan pasangan dan berharap akan dipertemukan dengan jodoh yang baik.
“Saya nak cari cinta baharu… kalau ada jodoh, nak la juga. Sebab saya pun bukan la tua lagi, masih muda lagi... kalau ada, ada la. Saya tak pernah serik,” kata Sarah secara ringkas kepada Gempak.
Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai proses mediasi kes saman melibatkan bekas pekerjanya, Nazatul Nazira di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini.
Komen Andi Arsyi
Apabila ditanya mengenai komen yang ditinggalkan di Instagram aktor Indonesia, Andi Arsyi baru-baru ini, Sarah menjelaskan dia dan lelaki itu hanya membalas kata-kata semangat sahaja.
“Komen itu saja-saja… Dia ada bagi saya quotes, jadi saya pun balas la dengan quotes juga… kata-kata yang membina. Sebab kita sangat serumpun,” jawabnya.
Terdahulu, hubungan Sarah dan Andi menuai pelbagai reaksi wargamaya apabila mereka kelihatan sentiasa bersama sehingga timbul khabar angin mengatakan dua pelakon itu sedang bercinta.
Namun, sehingga kini, tiada pengesahan dari kedua-dua pihak mengenai dakwaan tersebut.
Syukur Hubungan Baik Mentua
Dalam pada itu, Sarah juga melahirkan rasa syukur apabila hubungan dengan keluarga bekas suami juga masih baik malah dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran dengan produksi bapa mentuannya.
“Alhamdulillah, setakat ini okay… hubungan dengan keluarga mentua baik. Lagipun saya pun masih tengah shooting dengan produksi bapa mentua. Kami memang selalu jumpa di set macam biasa.
“Alhamdulillah, setakat ini semua sangat okay,” ujarnya lagi.
Untuk info, Sarah pernah berkahwin dengan pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
ARTIKEL BERKAITAN: Proses Mediasi Dilanjutkan, Puteri Sarah Harap Kes Dengan Bekas Pekerja Diselesaikan Dengan Tenang - “Life Is Short, Why Stress?”
ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"
Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.