Hiburan
Saya Cerai Mungkin Kerana 20 Sebab - DS Vida
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida menjelaskan tiada sebab khusus yang menyebabkan rumah tangganya dengan Fairuz Ahmad Zainuddin roboh.
Memetik laporan Utusan Malaysia, kata Vida kegagalan perkahwinan kali ketiganya ada cerita tersendiri.
"Saya percaya ada sebab Tuhan tak izinkan rumah tangga kami diteruskan.
"Jangan tanya sebab musababnya, macam-macam. Dalam dua tahun lebih itu, bukan kerana satu sebab, mungkin 20 sebab, kita tak tahu. Saya tak ralat, ini ujian Allah belaka ni," katanya.
Vida menganggap dirinya masih melakukan perkara yang betul, tidak curang dan menjadi seorang isteri mithali sepanjang usia perkahwinannya.
"Cuma mungkin kita tidak boleh memasak setiap hari, itu sahaja silap saya, tetapi akhirnya bercerai juga, siapa sangka?” tambah Vida.
Vida atau nama sebenarnya Hazmiza Othman, 46, berkahwin dengan Fairuz, 39, pada Januari 2014 dan itu merupakan perkahwinan ketiganya.
Sumber: Utusan Malaysia
Foto: Pepatung, IG @datoserivida