Laman Utama

"Saya Cuba Puasa Tapi Susah" - Han Byul

Amri Hassan
05/04/2022
07:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Cuba Puasa Tapi Susah" - Han Byul
Juara Big Stage musim kedua, Han Byul menghormati ibadah puasa yang sedang dijalani umat Islam seluruh dunia khususnya di Malaysia.
Kata Han Byul, 31, kembali berada di Malaysia selepas pulang beberapa ketika ke Korea Selatan awal tahun ini, dia akan seboleh-bolehnya cuba melatih diri untuk berpuasa lagi tahun ini.
"Ya saya pernah cuba berpuasa tahun lepas, tapi susah. Tahun ini tak pasti lagi.
"Tapi, jika saya bersama kawan-kawan saya yang berpuasa saya tidak akan minum atau makan di hadapan mereka.
"Saya menghormati mereka dan faham perasaan apabila individu berpuasa melihat kawan-kawan makan atau minum di hadapan mereka," katanya kepada Gempak.
Han Byul ditemui pada majlis pelancaran produk selipar berasaskan getah asli, Fipper berkolaborasi bersama Malaysia Airlines di Pavilion, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengulas mengenai kehadirannya pada acara berkenaan, kata Han Byul kolaborasi Fipper dan syarikat penerbangan Malaysia itu menguatkan jati dirinya untuk terus setia berada di Malaysia.
"Saya kagum kerana jenama ini milik Malaysia. Saya selalu nampak kedai Fipper, saya ingat ini adalah jenama luar negara. Rupanya ia adalah produk tempatan," ujarnya.
Menariknya, rekaan kali ini dihiasi dengan logo Malaysia Airlines di atas tali selipar tersebut menambahkan dan dibuat sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita.
Fipper turut malancarkan produk terbaru yang dinamakan 'Fipper Shine' khas untuk wanita. Rekaan 'Fipper Shine' yang tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah sangat sesuai untuk wanita yang mementingkan gaya dan keselesaan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar