Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Saya Dah Lama Dalam Industri, Lali Dengan Kecaman” - Didakwa Bergaduh, Kelly Azman & Diva AA Berdamai?

Hanafis Haris 25/01/2022 | 07:55 MYT

Baru-baru ini platform media sosial dikecohkan dengan ‘pergaduhan’ antara Diva AA dengan seorang selebriti media sosial yang juga wartawan hiburan, Kelly Azman.

Diva AA dikatakan mempertikaikan kredibiliti Kelly yang telah dipilih menjadi juri dalam sebuah rancangan.

Biarpun tidak menyatakan dengan terperinci mengenai individu tersebut, namun rata-rata netizen berpendapat ia ditujukan buat Kelly.

“Viral as ever! Diva AA maki kan jer juri sampah pakai kanta 3KM! Ko bawak s**l jer”

“Faked ters**l gelupuh berselfie!” komen Diva AA pada ciapan berkenaan.

Namun, dalam pada kemelut itu berlaku, siapa sangka pertemuan secara tidak sengaja diantara mereka baru-baru ini, membuka lembaran baru.

Kedua-dua figura ini dilihat telah saling berbual dan turut mengambil gambar serta video bersama.

Menurut Diva AA, dia akan terus memberi teguran kepada mana-mana pihak yang menimbulkan isu dan dalam masa yang sama tidak menyangka zaman ini pelbagai kontroversi panas masih menjadi tumpuan umum.

"Saya sudah berada di dalam industri ini lebih dari 33 tahun.

“Siapa pun tidak sangka selepas 10 tahun mendiamkan diri, kini saya kembali,” katanya.

Sementara itu menurut Kelly pula, dia sudah lali dengan pelbagai kecaman sebelum ini dan akui tidak terasa dengan ciapan dari Diva AA kerana sudah lama mengenalinya.

"Saya sudah lama di dalam industri ini. Sama seperti Diva AA saya pun sudah lali dengan pelbagai kecaman termasuk darinya kerana kami pun sudah lama saling mengenali.

“Apa-pun saya hanya ingin memfokuskan kepada karier saya dan buatkan orang ramai terhibur. Jadi terserah kepada mereka untuk berkata-kata kerana saya hanya menjadi diri saya sendiri dan ingin menjadi penghibur" kata Kelly.

Kedua-dua selebriti itu ditemui di majlis sidang media MIC ON! musim kedua di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur baru-baru ini.

#Viral #Gaduh #DivaAA #KellyAzman
;