Hiburan

“Saya Dah Rasa Kontraksi Tapi Saya Biarkan Sebab…”- Erynne Erynna Cerita Pengalaman Bersalin

Syafiqah Jalal
19/08/2020
06:27 MYT
Sponsor Banner
“Saya Dah Rasa Kontraksi Tapi Saya Biarkan Sebab…”- Erynne Erynna Cerita Pengalaman Bersalin
Pelakon Erynne Erynna atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdullah, 24, telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 9 Ogos lalu.
Menceritakan kisah proses bersalinnya, Erynne yang merupakan pelakon kanak-kanak popular satu ketika dahulu itu akui dia sudah mula rasa kontraksi sehari sebelumnya namun cuba untuk membiarkannya seketika.
“Mula-mula saya rasa mild contraction pada 8 hari bulan jam 5 pagi tapi saya biarkan je sebab takut ia hanya false alarm kea pa. Yelah sebab tak ada tanda apa apa like ketuban pecah atau spotting ke apa jadi saya biarkan.
“Tapi saya tak boleh tidur sampai pagi kerana makin sakit and saya kira setiap 8 minit saya akan rasa kontraksi. Lepas tu sekitar jam 10 pagi saya telefon hospital dan beritahu apa yang saya rasa dan mereka menasihati saya untuk datang je terus hospital pergi emergency department,”katanya.
Erynne berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya ketika berada di hospital.
Menurut Erynne dia cuba bertenang dan mengambil masa untuk diri sendiri supaya mandi sebelum ke hospital.
“Bagaimana pun typical me. Saya mandi dulu, kemas bilik, ambil masa saya sendiri dan tunggu suami saya letak semua hospital bag dalam kereta and so we went.
“Dalam 11 pagi tu sampai emergency department mereka bawa terus ke dewan bersain untuk periksa kontraksi dan jantung baby semua.
“Contraction still mild and baby pun okay jadi mereka bawa saya ke bilik dahulu untuk tukar baju dan bersedia semua,”katanya lagi.
Setelah diperikasa bukaan Erynne keika itu baru saja 2cm dan dia diminta untuk melakukan senaman ringan dengan berjalan-jalan.
“Tidak lama lepas itu, doktor datang dan perika berapa bukaan dan masa tu baru 1.5-2cm macam tu tapi dah boleh rasa kepala baby so baby memang dah betul engaged so doctor suruh saya jalan jalan buat exercise and tunggu sampai bukaan 4cm then baru boleh masuk labor room.
“Jadi, inilah gambar saya ambil masa saya jalan and exercise dekat hospital dengan si suami disisi.
“By the way, masa saya jalan-jalan doktor tenampak saya dan dia buat tanda bagus dan masa tu saya macam terharu la juga sebab masa tu contraction dah start makin sakit and makin kerap,” katanya lagi.
Pun begitu, Erynne tidak menamatkan ceritanya itu dan meminta pengikutnya untuk komen dan respon untuk beritahu mahu mendengar cerita seterusnya.
Rata-rata memberi respon ingin mendengar ceritanya seterusnya dan meminta Erynne untuk tamatkannya segera kerana teruja untuk tahu lebih lanjut.
Erynne telah berkahwin dengan jejaka pilihannya pada 17 April 2019.
Since ramai yang minta i share about my labor experience here on IG post and YouTube, so I decided to share some dekat IG and some on my YouTube video, but make sure you guys subscribe dulu which i’ll put my YouTube channel link on my bio and siapa dah subscribe comment “ Done “ okay ! Trust me i read every comment and I truly appreciate it ? So here goes, this photo was taken on the 8th of August at 12:11pm. First, i felt mild contraction on the 8th at 5am but i biar je because i takut false alarm ke apa sebab tak ada tanda apa apa like ketuban pecah/spotting ke apa so i let it be but I couldn’t sleep sampai pagi cause makin sakit and i counted setiap 8minute i akan rasa contraction, lepas tu around 10am i call the hospital saying what i felt that time then they advised me untuk datang je terus hospital pergi emergency department. Well, typical me. I took a shower, kemas bilik, took my time and my husband letak semua hospital bag dalam kereta and so we went. Around 11am+ sampai emergency department they bring me straight to labor room to check contraction and jantung baby semua. Contraction still mild and baby pun okay so they bring me to my room dulu to settle in, tukar baju and all. Then after awhile, my doctor came and check berapa bukaan and masa tu baru 1.5-2cm macam tu but dah boleh rasa kepala baby so baby memang dah betul engaged so doctor suruh i jalan jalan buat exercise and tunggu sampai bukaan 4cm then baru boleh masuk labor room. Jadi, inilah gambar i ambil masa i jalan and exercise dekat hospital dengan si suami disisi ? i am so glad i took this photo cause its all memories. By the way, masa i jalan jalan my doctor saw me and she put her thumbs up saying good and masa tu i macam terharu la juga cause time tu contraction dah start makin sakit and makin kerap. And... siapa nak i sambung lagi? If yes, comment “ Me ! “ ? #pregnancyjourney #labor #givingbirth
A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna) on
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar