“Saya Dah Rasa Kontraksi Tapi Saya Biarkan Sebab…”- Erynne Erynna Cerita Pengalaman Bersalin
Pelakon Erynne Erynna atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdullah, 24, telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 9 Ogos lalu.
Menceritakan kisah proses bersalinnya, Erynne yang merupakan pelakon kanak-kanak popular satu ketika dahulu itu akui dia sudah mula rasa kontraksi sehari sebelumnya namun cuba untuk membiarkannya seketika.
“Tapi saya tak boleh tidur sampai pagi kerana makin sakit and saya kira setiap 8 minit saya akan rasa kontraksi. Lepas tu sekitar jam 10 pagi saya telefon hospital dan beritahu apa yang saya rasa dan mereka menasihati saya untuk datang je terus hospital pergi emergency department,”katanya.
Erynne berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya ketika berada di hospital.
Menurut Erynne dia cuba bertenang dan mengambil masa untuk diri sendiri supaya mandi sebelum ke hospital.
“Bagaimana pun typical me. Saya mandi dulu, kemas bilik, ambil masa saya sendiri dan tunggu suami saya letak semua hospital bag dalam kereta and so we went.
“Dalam 11 pagi tu sampai emergency department mereka bawa terus ke dewan bersain untuk periksa kontraksi dan jantung baby semua.
“Contraction still mild and baby pun okay jadi mereka bawa saya ke bilik dahulu untuk tukar baju dan bersedia semua,”katanya lagi.
Setelah diperikasa bukaan Erynne keika itu baru saja 2cm dan dia diminta untuk melakukan senaman ringan dengan berjalan-jalan.
“Tidak lama lepas itu, doktor datang dan perika berapa bukaan dan masa tu baru 1.5-2cm macam tu tapi dah boleh rasa kepala baby so baby memang dah betul engaged so doctor suruh saya jalan jalan buat exercise and tunggu sampai bukaan 4cm then baru boleh masuk labor room.
“Jadi, inilah gambar saya ambil masa saya jalan and exercise dekat hospital dengan si suami disisi.
“By the way, masa saya jalan-jalan doktor tenampak saya dan dia buat tanda bagus dan masa tu saya macam terharu la juga sebab masa tu contraction dah start makin sakit and makin kerap,” katanya lagi.
Pun begitu, Erynne tidak menamatkan ceritanya itu dan meminta pengikutnya untuk komen dan respon untuk beritahu mahu mendengar cerita seterusnya.
Rata-rata memberi respon ingin mendengar ceritanya seterusnya dan meminta Erynne untuk tamatkannya segera kerana teruja untuk tahu lebih lanjut.
Erynne telah berkahwin dengan jejaka pilihannya pada 17 April 2019.