Hiburan

Saya Dah Rasa Okay Sikit - Dayana Roza Selamat Jalani Pembedahan Buang Apendiks

Mya Amri
25/07/2017
03:52 MYT
Sponsor Banner
Saya Dah Rasa Okay Sikit - Dayana Roza Selamat Jalani Pembedahan Buang Apendiks
Pelakon Dayana Roza akui berasa lega selepas selamat menjalani pembedahan membuang apendiks semalam.
Perkara itu diberitahu oleh Dayana menerusi ruangan komen pada foto yang dimuat naik olehnya kira-kira 15 jam lalu.
Foto beserta kapsyen "Pertama kali nak jalani pembedahan. Fuhh gementar. Doakan D ya. Bismillahirahmanirahim" itu menunjukan dirinya sedang terlantar di atas hospital.
Dalam pada itu, peminat juga turut meluahkan rasa prihatin terhadap Dayana dan mendoakan supaya cepat sembuh.
Terdahulu, Dayana Roza dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Johor Bahru bagi menjalani pembedahan membuang apendiks semalam.
Dayana berada di Johor Bahru sejak 18 Julai lalu bagi menyiapkan penggambaran drama 50 episod berjudul Seputih Cinta Rangbulan terbitan Global Station Sdn Bhd.
Teks oleh: Mya Amri
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar