Laman Utama
"Saya Doa Kamu Berhenti Lakukan Perkara Syirik" - Faizul Surani
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim, Faizul Surani membuat pesanan kepada sesiapa yang kurang selesa melihat perkongsiannya di Instagram.
Faizul meminta sesiapa yang berpendapat sedemikian untuk berhenti mengikutinya di laman sosial tersebut.
Perkara itu dikongsi Faizul menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya malam tadi.
"Kalau apa yang saya buat selama di IG ini menganggu jiwa raga anda dan buat anda terkesan...
"Saya minta jasa baik untuk tidak menjadi pengikut IG saya," tulisnya.
Dalam pada itu, Faizul menegaskan, akaun Instagramnya itu hanya untuk mereka yang terinspirasi untuk maju dan berjaya.
"Jika ianya memberi inspirasi kepada anda untuk terus maju dan berjaya, anda boleh terus bersama saya," tulisnya lagi.
Meninjau Instagram Story pula, Faizul menulis kenyataan seakan dia sedang berhadapan individu yang mendatangkan masalah kepadanya, malah, Faizul juga mengatakan individu itu telah melakukan perbuatan syirik.
"Saya minta petunjuk Allah, siapakah yang patut saya jauhkan dalam berkawan atau berurus niaga.
"Dan Allah memberi petunjuk kepada saya, dan saya doakan kamu supaya berhenti melakukan perkara syirik ini kerana saya punya tanggungjawab besar kepada kerja, keluarga dan agama saya.
"Dosa kamu dengan saya, saya sudah maafkan, tapi fikirlah dosa kamu dengan Allah," tulisnya.
Walaubagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, Faizul tidak menyatakan dengan terperinci tentang masalah yang dihadapinya itu.