Hiburan

"Saya Doakan Hubungan Uqasha Dengan Teman Baru Baik-Baik Sahaja" - Hefny Sahad

Kamaruddin Razal
29/08/2018
13:16 MYT
Sponsor Banner
"Saya Doakan Hubungan Uqasha Dengan Teman Baru Baik-Baik Sahaja" - Hefny Sahad
Pelakon dan pengacara Hefny Sahad mendoakan agar hubungan bekas kekasihnya, aktres Uqasha Senrose dengan teman baru berjalan lancar.
Sudah lapan bulan putus cinta, Uqasha kini berteman rapat dengan pelakon Ben Amir.
"Saya sudah 'move on' dari hubungan lama. Sekitar bulan Februari lalu, saya ada menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Makkah dan selepas pulang, saya rasa lebih tenang.
"Saya tahu Uqasha kini sudah mempunyai teman baru dan saya doakan hubungan mereka baik-baik sahaja serta berjalan lancar, Insya-Allah," kata Hefny.
Dalam pada itu, Hefny juga mengakui dia masih berhubung dengan ahli keluarga Uqasha yang lain.
"Saya masih baik dengan adik-adik serta keluarga Uqasha. Biarpun saya tiada hubungan dengan dia, itu tak menjadi alasan untuk saya tidak bertegur sapa dengan mereka.
"Namun begitu, saya tiada sebarang komunikasi antara saya dan Uqasha selepas kami putus cinta. Bagi saya, itu adalah jalan terbaik. Lagipun, dia sudah mempunyai teman baru.
"Tiada sebab untuk saya menghubunginya, saya sendiri pun tak mahu mengganggu hubungan Uqasha dengan teman barunya," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama Cintaku Di Bumi Izmir yang diadakan di D’Takhta i-City, Shah Alam pada Selasa.
Bergandingan dengan Raysha Rizrose, Nabila Razali dan Syafie Naswip, drama bersiri itu diterbitkan oleh Creative Skill Solution untuk Unifi TV.
Cintaku Di Bumi Izmir bersiaran setiap Isnin dan Selasa jam 9 malam di HyppSensasi (Unifi TV saluran 116).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar