Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

"Saya Gagal Jadi Kawan Yang Baik - Alicia Amin Kesal, Dedah Samantha Sedang Berubat?

Amri Hassan 02/06/2020 | 04:15 MYT
Model dan pelakon Alicia Amin kesal atas tindakan drastik bekas Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James memuat naik kenyataan berbaur perkauman pada Isnin.
Jelas Alicia, sebagai rakan baik kepada Samantha, dia terkilan apabila gagal menjadi sahabat yang baik untuk mencegah daripada melakukan perkara yang merisikokan diri sendiri.
"Beberapa tahun sebelum ini Samantha ada menyuarakan pandangan yang bertentangan daripada idea majmuk, ada yang saya setuju dan ada yang tidak.
"Sebagai kawan, apabila kenalan kita bercakap sesuatu yang pelik dan tidak tepat, kita akan lebih bertoleransi.
"Ketika dia berbicara tentang isu anti vaksin, saya hanya mendengar. Walaupun tak bersetuju, saya tidak membantah.
"Saya rasa kalaulah saya katakan sesuatu pada waktu itu, saya boleh mengubah fikiran atau perspektifnya.
"Sekarang saya sedang melihat seseorang yang saya rapat menyatakan pandangan secara publik. Ada bahagiannya yang saya rasakan saya gagal menjadi kawan yang baik kepadanya," kata Alicia.
Dedah Alicia lagi, Samantha sedang melalui fasa penyembuhan diri secara spiritual.
Justeru, Alicia menasihati orang ramai agar tidak mengulangi kesilapannya dan segera menasihati individu sekeliling sebelum terlambat.
"Saya harap kalian tidak membuat kesilapan sama seperti saya lakukan. Betulkan kesilapan seseorang itu secara peribadi.
"Dia melalui situasi yang sukar dan saya harap kenyataan itu datang daripada kesakitan yang dia alami," tambahnya.
Alicia yang sudah bersahabat lebih 10 tahun dengan Samantha turut terkilan apabila terpaksa menegurnya secara publik di media sosial.
Malah, Alicia turut menghubungi Samantha untuk menegur tindakan ratu cantik itu memuatnaik kenyataan berbaur perkauman.
Kenyataan Samantha pada Isnin yang berunsur perkauman terhadap individu berkulit gelap mencetuskan ketegangan ramai dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.
BACA: “To The Black People.. Relax” - Dilabel Amal Sikap Perkauman, Ramai Mahu Gelaran Bekas Miss Universe Malaysia Dilucutkan!
#Alicia Amin #Samantha Katie James #Perkauman
;