Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Saya Hanya Mampu Selamatkan Kucing..."- Rumah Terjejas Banjir, Wani Syaz Reda Sambut Ramadan Dengan Serba Sederhana

Syafiqah Jalal 15/03/2023 | 09:44 MYT
Penyanyi Wani Syaz reda apabila terpaksa menyambut Ramadan dalam keadaan serba sederhana selepas kediamannya terjejas teruk akibat banjir terbesar di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

Kata Wani dia akui sangat terkejut ketika kejadian sehingga tidak dapat berfikir apa yang perlu dilakukan dan akhirnya memilih untuk selamatkan kucingnya dahulu.

“Sebenarnya sewaktu hujan lebat saya di kedai, kemudian terus balik ke rumah tengok keadaan emak dan nenek. Nenek saya uzur dia sudah berusia 80 tahun dan terlantar di katil sejak bertahun-tahun lalu.

“Ketika kejadian saya agak 'blurred' hingga tak tahu apa yang perlu saya lakukan. Tanpa dijangka tengah malam itu air naik mendadak hingga saya cuma fikir selamatkan nenek dan lima ekor kucing dulu selain mencapai beberapa helai baju.

“Saya tak mampu berbuat apa kerana perabot dan barang elektrik di rumah ditenggelami air. Manakala barangan kedai ada beberapa dapat kami alihkan ke atas meja sebelum pulang.

"Tak dapat saya katakan apa untuk Ramadan kali ini, kami hanya dapat sambut dengan apa yang ada sahaja," katanya.

Wani Syaz ditemui ketika mempromosikan single baharu berduet dengan Wany Hasrita berjudul Sakitnya Penantian ciptaan komposer, A Ramlee dan Ezra Kong di Kuala Lumpur minggu lalu.

Walau bagaimanapun, Wani atau nama sebenarnya, Nursyazwani Selamat, reda berdepan musibah yang berlaku, malah sempat membantu mangsa lain di Batu Pahat, Johor dengan mengagihkan barangan keperluan kepada keluarga yang memerlukan.

Wani bersama ahli keluarga dan pekerja, mereka mengambil inisiatif membuka tabung bantuan bagi membantu kejiranan di kawasannya yang terkesan akibat banjir.

"Terima kasih kepada penyumbang yang bermurah hati meringankan beban mangsa banjir untuk untuk membeli barangan seperti makanan dan produk penjagaan diri dan alatan perlu untuk kerja membersihkan lumpur.

“Alhamdulilah kami berjaya kumpula lebih RM5,000 dalam beberala hari sahaja. Sebagai antara mangsa banjir, saya memahami situasi dilalui insan senasib terutama di kawasan kami.

"Harap air di kawasan kami cepat surut supaya proses pembersihan rumah rumah dapat dilakikan sebelum menyambut Ramadan," ujarnya.

#Ramadan #Banjir #Rumah #Wani Syaz #Sederhana #Terjejas #Reda #Serba
;