Laman Utama

“Saya Harap Berhati-Hati…”- Ziyad Kecewa Ada Pihak Guna Namanya Untuk Kutip Derma

Syafiqah Jalal
18/09/2021
04:24 MYT
Sponsor Banner
“Saya Harap Berhati-Hati…”- Ziyad Kecewa Ada Pihak Guna Namanya Untuk Kutip Derma
Jaguh lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli, bimbang sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi dan mengeksploitasi kekalahannya dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bulan lalu untuk menjalankan kutipan derma sebagai ganjaran untuknya.
Menurut atlet berusia 31 tahun itu, tiada sebarang pihak menghubunginya biarpun sedar beberapa kempen pungutan derma telah digerakkan sejak tiga minggu lalu.
Apa yang membimbangkannya, ada pihak sanggup menggunakan namanya untuk mengutip derma sedangkan dia baru sahaja menamatkan tempoh kuarantinnya semalam.
Dalam satu temu bual bersama Nadi Arena, Ziyad berkata: "Saya sebenarnya bimbang dengan perkara ini kerana saya takut orang ramai akan kena tipu.
"Buat masa ini, saya belum membuka sebarang peti masuk media sosial, jadi saya tidak tahu sama ada mereka ada memaklumkan perkara itu kepada saya atau tidak, saya tidak tahu.
"Saya harap orang di luar sana berhati-hati kerana saya tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Lainlah jika mereka ada menghubungi saya atau sesuatu seperti itu, saya benar-benar tidak mendapat sebarang makluman mengenai perkara itu.
"Saya takut juga apabila mereka sudah dapat (mengumpulkan derma), tiba-tiba mereka senyap.
"Kasihan pula dekat orang yang bersimpati dekat saya. Mereka pula ditipu," katanya.
Sumber: Astro Arena
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024