"Saya Harap Dia Istiqamah" - Norman Hakim Tumpang Gembira Abby Abadi Makin Kurus, Sempat Kongsi Tips 'Eat Clean'!
Aktor Norman Hakim meluahkan rasa bangga terhadap bekas isterinya yang juga pelakon, Abby Abadi berhubung imej terkini Abby yang semakin kurus.
Norman Bangga Dengan Abby
Bapa kepada enam cahaya mata itu turut mengagumi kegigihan Abby dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Malah, Norman turut berharap Abby kekal konsisten dalam meningkatkan kecergasan.
“Saya sangat bangga dengan dia, dia sangat berazam kali ini untuk berada dalam posisi yang sihat, matlamat bukanlah kurus semata tetapi lebih kepada sihat.
“Pada saya ia satu contoh yang baik pada kami seisi keluarga dan masyarakat.
“Saya doakan dia istiqamah sebab nak mulakan itu senang, tetapi nak konsisten sangat susah,” katanya kepada Gempak.
Tips Norman Kepada Abby
Dalam pada itu, Norman turut memaklumkan dia ada memberi tips kepada Abby terutamanya soal pengambilan makanan sihat.
“Contoh nasi, guna beras perang atau basmathi, minyak zaitun, garam Himalaya dan gula perang. Itu sahaja. Yang lain macam makan biasa, portion juga kena jaga.
“Kalau boleh makanan terakhir yang diambil adalah sebelum jam 7 malam, itulah tips yang saya bagi, nampaklah ada kemajuan,” kongsinya.