Laman Utama

“Saya Hari Terakhir Kuarantin, Isteri Baru Hari Kedua…Semoga Semuanya Baik-Baik Saja…” – Aril Pilus

Fiza Kamarudin
01/03/2022
08:45 MYT
Sponsor Banner
“Saya Hari Terakhir Kuarantin, Isteri Baru Hari Kedua…Semoga Semuanya Baik-Baik Saja…” – Aril Pilus
Penyanyi Aril Pilus berharap agar isteri, anak dan bapanya berada dalam keadaan baik serta tidak memiliki gejala COVID-19 yang memudaratkan.
Dalam masa sama, Aril turut mengharapkan ibunya terus terhindar daripada virus COVID-19.
"Saya risaukan ibu yang menghidap kanser dan pelbagai penyakit. Setakat ini, ayah dalam keadaan terkawal.
"Ayah melakukan kuarantin kendiri di rumah. Ibu yang juga bekas jururawat memantau ayah. Kakak ada bersama mereka dan membantu ibu,” katanya.
Menurut Aril, hari ini merupakan hari terakhir kuarantin kendiri baginya, manakala isteri baru memasuki hari kedua sementara anak mereka Mikael hari ketiga.
“Setakat ini saya sihat-sihat sahaja dan tidak mengalami gejala yang teruk. Hari ini juga hari terakhir saya kuarantin kendiri.
“Anak saya pun nampak sihat dan ceria seperti biasa. Cuma isteri, ada sedikit batuk,” katanya kepada Gempak.
Aril disahkan positif COVID-19, Rabu lalu. Diikuti anaknya, Tun Adriel Mikael, Sabtu lalu dan isterinya, Puteri Erma Edlinda, semalam (Isnin).
“Saya pun tidak tahu dari mana puncanya. Kalau hendak diikutkan, beberapa hari sebelum disahkan positif, saya tidak keluar rumah.
“Pada 19 Februari lalu, saya keluar bekerja untuk rakaman 'voice over' di sebuah hotel. Masa tu saya sihat sahaja tak ada rasa apa-apa.
“Cuma pada 21 Februari lepas tekak mula rasa gatal. Kebetulan ibu dan ayah datang dari Melaka sebab ibu ada pemeriksaan rutin barah yang dihidapinya.
“Pada hari itulah saya buat ujian calitan kendiri melalui hidung dan keputusannya negatif.
"Namun, esoknya, saya mula rasa gatal badan dan seram sejuk tetapi tidak demam. Saya susah hendak tidur dan bapa cadangkan saya minum air 'lemon' dan bunga cengkih," katanya,
Aril kemudian tergerak untuk membuat ujian calitan, Rabu lalu, ketika ibu dan ayah sudah pulang ke Melaka. Akhirnya, keputusan menunjukkan dirinya positif COVID-19.
"Sebaik disahkan positif COVID-19, saya memang risau kerana teringat pernah berkongsi minuman dengan abah dan anak," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar